Utusan Borneo (Sabah)

RISDA terus bantu pekebun kecil Sarawak

-

SONG: Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bekerjasam­a dalam Agensi Pembanguna­n Hulu Rajang (URDA).

Katanya, RISDA sangat relevan untuk merancakka­n sosioekono­mi penduduk di kawasan Rajang.

“Risda sebagai salah satu agensi yang akan terlibat dalam URDA (Ulu Rejang Developmen­t Agency).

“Kita mahu membangun serta meningkatk­an taraf ekonomi penduduk dengan RISDA khususnya di Kapit,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Kasihi Pekebun RISDA Sibu di Rumah Cecelia Bunsu, Nanga Kebiau semalam.

Hadir sama Pengarah RISDA Sarawak Zulkifli Zaini.

Justeru, Nanta berharap rakyat yang menerima bantuan RISDA supaya memanfaatk­an bantuan diberikan.

Sementara itu, Zulkifli berkata perusahaan getah sangat mudah dan mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh.

Katanya, menanam getah hanya sekali dan boleh ditoreh 25 tahun sekali gus dapat mengeluark­an hasil berkalikal­i.

“Ia lebih mudah daripada kita menternak haiwan peliharaan. Ia adalah perusahaan jangka panjang yang sudah tentunya dapat memberi manfaat berpanjang­an.

“Ini kerana ia mempunyai pasaran dan permintaan sangat tinggi,” jelasnya.

“Penanaman semula getah dijangka terus berkembang kerana 700 hektar kawasan yang berpotensi telah dikenal pasti. Kami telah menerima permohonan daripada para pekebun kecil untuk tujuan ini,” katanya ketika merasmikan program Sayangi Pekebun Kecil RISDA di Rumah Cecelia Bunsu Sebat di Nanga Kebiau di sini, semalam.

Beliau berkata, tahun ini kementeria­nnya telah memperuntu­kkan RM41.2 juta kepada RISDA Sarawak untuk penanaman semula getah dan program-program lain. Sejumlah 13,182 pekebun kecil di seluruh negeri menikmati faedah daripada peruntukan tersebut membabitka­n 1,802 hektar untuk penanaman semula getah baru dan 23,843 hektar di bawah program ‘Tanam Semula Getah Ke Getah Sambungan’.

Manakala Chee Jang, Jeffery Sigai, Nuning Jangong dan Lebun Inja menerima anugerah Usahawan Bimbingan RISDA Bahagian Sibu Tahun 2017.

Usahawan Terbaik Bimbingan RISDA Sibu 2017 dianugerah­kan kepada usahawan berjaya, Mengga Langkau dari Kapit.

Mengga, 63, dari Kapit ketika ditemui berkata, beliau mula berkecimpu­ng dalam perusahaan kolam ikan pada 1984 dan pada 1992 beliau mula mengusahak­annya sendiri.

“Saya menternak ikan tilapia merah, keli, ikan sungai dan ikan baung. Banyaklah pihak agensi sebelum ini bagi membantu saya memperkemb­angkan perusahaan ini.

“Ia adalah satu perusahaan yang bukannya mudah jika tiada niat bersungguh-sungguh. Tanpanya mungkin saya tidak menerima anugerah ini,” katanya.

Beliau berkata, banyak hasil diperolehi menerusi perusahaan kolam ikannya sehingga dapat menyekolah­kan anak-anak sehingga berjaya seterusnya mendapat pekerjaan tetap.

Selain itu, ia juga dapat menampung perbelanja­an rumahnya serta pembinaan rumah panjangnya di Kapit.

Beliau turut berharap lebih ramai golongan muda terlibat dalam bidang penternaka­n pada masa akan datang.

“Banyak orang fikir kerja seperti kami ini berat namun jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh lamakelama­an akan menjadi kebiasaan.

“Peluang sangat besar bidang penternaka­n dalam pasaran. Peluang sentiasa ada,” katanya.

Beliau memberitah­u bahawa beliau tidak pernah mengupah pekerja mengusahak­an ternakanny­a dan dijalankan dengan bantuan keluarga sendiri.

Selain menternak ikan, beliau turut menternak itik dan ayam dan semuanya dijual bagi memperoleh­i hasil.

Dalam pada itu, Mengga turut memberitah­u bahawa RISDA turut memberi tong oksigen dan anak ikan kepadanya.

“Terima kasih tidak terhingga kepada RISDA yang banyak membantu perusahaan saya sehingga berjaya seperti ini.

Pada majlis itu turut diadakan penyerahan replika cek bantuan peralatan pergerakan wanita pekebun kecil RISDA Bahagian Sibu kepada Rumah Juin dari Kapit.

 ??  ?? MENGGA
MENGGA
 ??  ?? SOKONGAN: Antara yang hadir pada Majlis Kasihi Pekebun RISDA Bahagian Sibu di Rumah Cecelia Bunsu, Nanga Kebiau di Song.
SOKONGAN: Antara yang hadir pada Majlis Kasihi Pekebun RISDA Bahagian Sibu di Rumah Cecelia Bunsu, Nanga Kebiau di Song.
 ??  ?? USAHAWAN BERJAYA: Nanta (tiga kanan) sambil disaksikan Zulkifli (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Mengga.
USAHAWAN BERJAYA: Nanta (tiga kanan) sambil disaksikan Zulkifli (dua kanan) menyampaik­an sijil kepada Mengga.
 ??  ?? TAHNIAH: Nanta (empat kanan) dan Zulkifli (tiga kanan) menyampaik­an sijil kepada Cecelia.
TAHNIAH: Nanta (empat kanan) dan Zulkifli (tiga kanan) menyampaik­an sijil kepada Cecelia.
 ??  ?? UNTUK RAKYAT: Nanta (tiga kiri) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Juin.
UNTUK RAKYAT: Nanta (tiga kiri) menyampaik­an replika cek kepada Rumah Juin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia