Utusan Borneo (Sabah)

Sabah timba pengalaman berguna

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah tewas di suku akhir, namun aksi di Kejohanan Tarik Tali Dalam Bangunan Asia 2017 pastinya menberi pengalaman berguna untuk pasukan negeri ini tampil lebih gagah di masa hadapan.

Pengurus pasukan Rainold J. Mokujin berkata, atletatlet Pentowa Sabah nampak jelas masih belum dapat menyesuaik­an diri dengan pertanding­an sedemikian, tetapi cabaran kental, tidak memberi laluan mudah pada pasukan-pasukan yang bertanding di Dewan Tertutup Polytechni­c Republik Singapura itu pada Sabtu.

PentowaSab­ahgagalmar­ake separuh akhir selepas berjaya dijinakkan oleh juara dunia Taiwan menerusi agregat 20. Namun Taiwan terpaksa berhempas-pulas memerah segala tenaga diperlawan­an suku akhir itu.

Dalam aksi peringkat Liga Kumpulan B, Pentowa Sabah menunjukka­n prestasi yang membanggak­an dengan menewaskan Brunei Darussalam A dan tuan rumah Singapura menerusi agregat 2-0, seri 1-1 dengan Polis Gurkha Singapura dan tewas 0-2 pada pasukan PDRM Saka Biru A dan Li Min China.

“Penyertaan ini membuka mata para peserta. Mempelajar­i teknik dan taktik dari pasukan-pasukan yang bertanding, dan memperbaik­i kelemahan yang ada sekembalin­ya ke Sabah nanti.

“Saya percaya kita mampu memberikan cabaran lebih hebat lagi pada kejohanan akan datang,” jelas Rainold melalui WhatsApp pada Ahad.

“Perlawanan kita menentang Taiwan boleh dianggap sebagai `bonus’ besar untuk kita, kerana mereka merupakan pasukan yang amat disegani di dunia.

“Dalam set kedua, kita hampir berjaya melakukan kejutan memenangi perlawanan itu, tetapi pasukan lawan bijak mengambil kesempatan­semasaatle­tSabah cuba mengumpul kembali tenaga untuk melakukan serangan,” tambah beliau.

Kejohanan itu dijuarai oleh pasukan China selepas menewaskan Taiwan dalam perlawanan akhir, manakala tempat ketiga disandang oleh pasukan PDRM Saka Biru selepas menewaskan Li Ming China.

 ??  ?? PASUKAN Pentowa Sabah (depan) dan pasukan Taiwan merakamkan kenangan selepas perlawanan suku akhir Kejohanan Tarik Tali Dalam Bangunan Asia 2017 di Dewan Tertutup Polytechni­c Republik Singapura pada Sabtu.
PASUKAN Pentowa Sabah (depan) dan pasukan Taiwan merakamkan kenangan selepas perlawanan suku akhir Kejohanan Tarik Tali Dalam Bangunan Asia 2017 di Dewan Tertutup Polytechni­c Republik Singapura pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia