Utusan Borneo (Sabah)

Zulfikri Jemai wira Bekakai FC

Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017

-

LABUAN: Dua jaringan Zulfikri Jemai berjaya membantu pasukannya Bekakai FA meraih tiga mata mengatasi OK Two FC 3-0 dalam Kumpulan D, Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 di Stadium Kompleks Sukan Labuan, Sabtu lalu.

Zulfikri Jemai memulakan jaringan pertamanya menerusi sepakan penalti pada minit ke-44 untuk Bekakai FA mendahului lawan 1-0 pada aksi pertama.

Bersambung separuh masa yang kedua, Zulfikri Jemai meledak gol kedua peribadiny­a dan gol kedua pasukan Bekakai FA pada minit ke-57 untuk mereka terus selesa dengan jaringan 2-0.

Ahmad Fuad Rahman turut mencipta nama sebagai penjaring gol Bekakai FA pada minit ke-89 untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas OK Two FC.

Mengulas kemenangan berharga itu, pengurus Bakakai FA, Mohd Azharuddin Mohd Japar berkata walaupun pada aksi babak pertama pemain agak sukar mendapatka­n gol pertama, namun akhirnya anak buahnya berjaya meraih tiga mata penuh.

“Syukur alhamdulil­lah kami beroleh kemenangan yang pertama menentang OK Two FC. Walaupun masa pertama perlawanan agak sukar bagi pemain mencari rentak permainan akhirnya kemenangan berpihak kepada kami,”katanya.

Mohd Azharuddin mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain Bakakai FA kerana bermain dengan baik sekaligus meraih kemenangan sulung pasukannya.

Katanya, kemenangan ini ialah hasil usaha latihan yang mereka lakukan.

Beliau tidak lupa merakamkan ucapan terima kasih buat pengurusan dan penyokong kerana sentiasa memberi sokongan kepada pasukan Bekakai FA.

Perlawanan itu semakin menarik dengan kehadiran Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli yang menyempurn­akan majlis perasmian kejohanan tersebut.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Mohd Hazan Haji Dahari dan Pengerusi Penganjur, Tarmiji Wahab.

Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017 merebut Piala Ahli Parlimen Labuan itu dianjurkan Kelab Sukan JKR Labuan dengan kerjasama JBS dan Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA).

Juara bakal membawa pulang wang tunai RM5,000, piala pusingan manakala naib johan RM3,000 dan ketiga RM1,000.

 ??  ??
 ??  ?? ROZMAN merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017.
ROZMAN merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Komuniti Labuan 2017.
 ??  ?? AKSI perebutan bola antara pemain Bekakai FA (biru) dengan pemain OK Two FC (oren).
AKSI perebutan bola antara pemain Bekakai FA (biru) dengan pemain OK Two FC (oren).
 ??  ?? PASUKAN Bekakai FA raih kemenangan sulung.
PASUKAN Bekakai FA raih kemenangan sulung.
 ??  ?? ROZMAN bersalam dengan pemain OK Two FC.
ROZMAN bersalam dengan pemain OK Two FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia