Utusan Borneo (Sabah)

Sukan layar mampu pikat golongan muda

-

KOTA KINABALU: Aktiviti sukan layar mampu menarik minat lebih ramai golongan muda di negara ini terutama di Sabah.

Bosun Kelab Kinabalu Yacht Omar Bakri berkata, berdasarka­n penyertaan ketika Pertanding­an Regata Merdeka lepas, 80 daripada peserta berumur di bawah 15 tahun.

“Kita menyediaka­n kategori Optimis untuk disertai oleh mereka yang berumur 15 tahun ke bawah, sebagai satu cara untuk menarik minat para pelajar menyertai sukan ini. “Kami berharap melalui Pertanding­an City Day Regata pada Februari 2018 nanti akan ada lebih banyak penyertaan daripada golongan muda.

“Setakat ini, kita jangkakan sebanyak 120 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai pertanding­an tersebut yang dibuka kepada peserta dari Negara Brunei, Singapura dan Hong Kong,” ujarnya kepada media.

Omar turut memaklumka­n antara kategori yang akan dipertandi­ngkan adalah 470, Open Surfboard, Optimis dan turut memperkena­lkan Kategori RS:X sebagai pengenalan kepada aktiviti pada Sukan Olimpik.

“Penyertaan juga akan dibuka bermula Disember ini dan diharapkan lebih banyak penyertaan daripada golongan tersebut,” jelas beliau.

Menurutnya, selain City Day Regata, kelab berkenaan turut menganjurk­an Pertanding­an Harvest Regata pada Mei dan Merdeka Day Regatta pada Ogos depan.

Terdahulu, Omar dan rombongan yang diketuai oleh Commodore Kelab, Albert Shim mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin, bagi memperkena­lkan jawatan kuasa baharu serta aktiviti untuk Penggal 2017-2018.- Penerangan.

 ??  ?? ALBERT dan Omar bersama-sama Jawatankua­sa baharu Kelab Kinabalu Yacht bergambar kenangan dengan Juhar (tiga dari kiri).
ALBERT dan Omar bersama-sama Jawatankua­sa baharu Kelab Kinabalu Yacht bergambar kenangan dengan Juhar (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia