Utusan Borneo (Sabah)

Skuad wanita sedia berjuang

Aksi menentang Filipina dan Myanmar penentu warna pingat negara

-

KUALA LUMPUR: Dua aksi pertama menentang Filipina hariinidan-Myanmar-Khamis ini menjadi penentu kepada sasaran pingat gangsa skuad bola sepak wanita kebangsaan di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua jurulatih, Mohd Asyraaf Fong Abdullah berkata tiga mata penuh daripada setiap perlawanan tersebut akan mencerahka­n peluang anak buahnya menepati sasaran selain memberi motivasi untuk berdepan finalis 2013, Thailand dan Vietnam dalam aksi seterusnya.

Asyraaf berkata pasukannya kini telah bersedia untuk berjuang dan moral anak buahnya berada pada tahap tertinggi selepas kemenangan 1-0 ke atas Singapura dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa kelas ‘A’ minggu lalu.

“Dua perlawanan awal ini sangat penting kerana ia akan menjadi penentu kepada sasaran pingat gangsa. Kami tidak rela tercicir mata kerana selepas ini kami akan berdepan pasukan Thailand dan Vietnam yang merupakan pasukan pilihan.

“Sekarang semua pemain bermotivas­i tinggi dan saya akan menurunkan barisan terkuat pada perlawanan esok,” katanya kepada pemberita pada sidang media praperlawa­nan bola sepak acara wanita di sini, pada Isnin.

Kedua-dua aksi membabitka­n pasukan negara akan diadakan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 8.45 malam.

Sementara itu, pengendali skuad Filipina Marlelli Dimzon berkata ketiadaan beberapato­nggakutama­akibat kecederaan tidak menjejaska­n semangat pasukannya yang berazam memberikan saingan terbaik pada edisi kali ini.

“Walaupun kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan tetapi kami telah bersedia untuk menghadapi Malaysia dan memandangk­an kami telah berada di sini, kami akan lakukan apa sahaja cara untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Selepas Filipina dan Myanmar, skuad negara akan bertemu Thailand (20 Ogos) dan Vietnam (24 Ogos) untuk melengkapk­an saingan yang menggunaka­n format round-robin. Keduadua perlawanan itu turut berlangsun­g di Stadium UiTM Shah Alam pada 8.45 malam. - Bernama

 ??  ?? MOHD ASYRAAF pada sidang media ketua pasukan dan jurulatih sempena Sukan SEA ke-29 KL2017 di Hotel Renaissanc­e pada Isnin. - Gambar BERNAMA
MOHD ASYRAAF pada sidang media ketua pasukan dan jurulatih sempena Sukan SEA ke-29 KL2017 di Hotel Renaissanc­e pada Isnin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia