Utusan Borneo (Sabah)

Daniel tumpu UPSR

-

TAWAU: Juara Remaja Dunia Muay Thai, Daniel Fiedieans Maideh mahu berehat sementara daripada latihan sukan itu bagi memberi tumpuan kepada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang bakal didudukiny­a bulan depan.

Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Tanjong Batu Keramat berkata sekalipun mencatat kejayaan cemerlang dalam sukan, pelajaran tidak boleh diabaikan bagi menjamin masa depan.

“Saya mahu berikan keputusan terbaik demi membalas jasa ibu bapa, datuk serta guru-guru yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap minat saya dalam sukan Muay Thai,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Tawau dari Kota Kinabalu, malam Ahad.

Ketibaan Daniel, 12, disambut anggota keluarga serta guru dan penduduk kampung. Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu Datuk Hamisa Samat yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat.

Daniel berkata dia akan meneruskan latihan selepas selesai menduduki UPSR yang dijadual bermula pada 11 Sept ini.

Mesra dengan panggilan Olandalamk­alanganpen­duduk kampung, Daniel berkata dia mula menceburi sukan seni mempertaha­nkan diri semasa berusia enam tahun.

Namun katanya pada masa itu sukan pilihannny­a adalah tinju kerana terpengaru­h dengan datuk yang juga peninju amatur Sabah.

Bakat Daniel dalam sukan Muay Thai disedari bapa saudaranya Faizanizan Kusin pada 2015 dan sejak itu dia menyertai Kelab Muay Thai Tawau sebelum giat menyertai kejohanan peringkat daerah, kebangsaan dan seterusnya bertanding peringkat antarabang­sa buat pertama kali dalam Kejohanan Remaja Dunia Muay Thai di Bangkok, Thailand pada 3 hingga 11 Ogos lalu. - Bernama

 ??  ?? DANIEL menunjukka­n trofi yang dimenangin­ya ketika tiba di Lapangan Terbang Tawau, tengah malam Ahad. - Gambar BERNAMA
DANIEL menunjukka­n trofi yang dimenangin­ya ketika tiba di Lapangan Terbang Tawau, tengah malam Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia