Utusan Borneo (Sabah)

Kelab Lohan Legend perlu jadi contoh

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Sumbangan Kelab Bola Sepak Lohan Legend kepada penghuni Rumah Anak Yatim (RAY) Kampung Langsat merupakan satu program murni dan Tanggungja­wab Sosial (CSR) pasukan itu dan patut dicontohi oleh pasukan atau kelab bola sepak yang lain.

Sesungguhn­ya, kos pembelian berupa makanan dan pakaian yang telah disampaika­n itu adalah hasil kutipan di kalangan ahli pasukan dan hasil sumbangan amal perlawanan Lohan Legend dengan bekas pemain Sabah yang diadakan di Ranau baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Lohan Legend Mohd. Ayub Jamirin berkata, program yang julungkali dilaksanak­an itu diharap dapat memberi kesedaran dalam kalangan ahli terhadap mereka yang kurang bernasib baik sekaligus mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara Kelab Lohan Legend dengan penghuni RAY serta ruang dan peluang untuk mengenali lebih dekat anak anak RAY.

Selepas lawatan amal dan menyampaik­an sumbangan itu, Kelab Lohan Legend sempat mengadakan Perlawanan Sumbangsih dengan Belia Kg. Langsat yang berkesudah­an seri 3-3. Mohd.Ayub menyifatka­n program mereka berjaya mencapai matlamat ‘dua dalam satu’ iaitu, menyampaik­an sumbangan dan Perlawanan Sumbangsih bagi mengeratka­n persaudara­an sedia terjalin dalam kalangan pemain kedua dua pasukan dengan penduduk setempat.

Semua sumbangan telah disampaika­n Mohd. Ayub kepada wakil RAY Ustazah Murni Abdullah, isteri kepada Pengurus RAY Ustaz Mohd. Hainin Abdullah yang kini menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Meskipun tidak seberapa, tetapi sumbangan itu adalah ikhlas dari kami,” tambah Mohd. Ayub yang mengetuai rombongan ke RAY yang disambut mesra oleh anak-anak RAY.

 ??  ?? PASUKAN Lohan Legend merakam gambar bersama pasukan Belia Kg. Langsat sebelum memulakan perlawanan sumbangsih.
PASUKAN Lohan Legend merakam gambar bersama pasukan Belia Kg. Langsat sebelum memulakan perlawanan sumbangsih.
 ??  ?? PASUKAN Kelab Lohan Legend merakam gambar kenangan bersama anak-anak FAY Kg. Langsat.
PASUKAN Kelab Lohan Legend merakam gambar kenangan bersama anak-anak FAY Kg. Langsat.
 ??  ?? MOHDAyub(kanan)menyampaik­ansumbanga­nkepada Rahim dan Ustazah Murni, mewakili RAY Kg. Langsat.
MOHDAyub(kanan)menyampaik­ansumbanga­nkepada Rahim dan Ustazah Murni, mewakili RAY Kg. Langsat.
 ??  ?? MOHD. AYUB
MOHD. AYUB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia