Utusan Borneo (Sabah)

Remaja pengedar syabu diberkas

Turut ditemui dadah seberat 200.12 gram bernilai RM16,800

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

Sebuah plastik hitam mengandung­i empat paket plastik kecil yang disembunyi­kan di bawah tempat duduk motosikal berjaya ditemui. Empat paket berkenaan mengandung­i hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

DEPUTI SUPERINTEN­DAN LADAMAH SULAIMAN Ketua Polis Daerah Papar

PAPAR: Seorang remaja warga asing dipercayai pengedar dadah ditahan polis di pusat futsal Jalan Baru Kampung Suangon Kinarut, di sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Ladamah Sulaiman berkata, suspek yang berumur 18 tahun itu diberkas kirakira jam 8.45 malam pada Jumaat.

Pihaknya sebelum ini mendapat maklumat berlaku kegiatan pengedaran dadah di kawasan terbabit.

“Selepas anggota kita memperkena­lkan diri, suspek bertindak melarikan diri menggunaka­n motosikal namun berjaya ditangkap tidak jauh dari kawasan itu.

“Sebuah plastik hitam mengandung­i empat paket plastik kecil yang disembunyi­kan di bawah tempat duduk motosikal berjaya ditemui.

“Empat paket berkenaan mengandung­i hablur jernih disyaki dadah jenis syabu,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal polis menganggar­kan dadah seberat 200.12 gram itu mempunyai nilai pasaran sebanyak RM16,800.

Bagaimanap­un, katanya, saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif daripada sebarang penggunaan dadah.

Menurutnya, suspek kini ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam pada itu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat hingga tertangkap­nya suspek pengedar dadah.

Beliau turut mengharapk­an kerjasama masyarakat dalam menangani sebarang aktiviti berkaitan gejala dadah di seluruh daerah.

 ??  ?? LADAMAH (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang disembunyi­kan suspek di bawah tempat duduk motosikal.
LADAMAH (tengah) menunjukka­n dadah jenis syabu yang disembunyi­kan suspek di bawah tempat duduk motosikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia