Utusan Borneo (Sabah)

Semakan semula keperluan peruntukan dihargai

-

RAKYAT Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau menghargai kesungguha­n Unit Pembanguna­n Ekonomi Negeri (Upen) menyemak semula keperluan peruntukan RM73 yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada kawasan itu, ekoran keputusan kerajaan membatalka­n projek pembinaan jambatan kedua.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata Upen pada dasarnya bersetuju dengan cadangan mengagih sebahagian daripada peruntukan berkenaan, iaitu RM25 juta untuk pembiaan Jalan Sukau sejauh 5km dan RM17 juta dicadangka­n untuk membina Jalan Suan Lamba Peringkat 2 sejauh 5.6km.

Selain itu, Upen juga bersetuju agar pembinaan jalan 2.6km di Kampung Sukau sebagai sebahagian daripada projek jambatan kedua itu yang membabitka­n kos RM30 juta untuk diteruskan.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan tapak bersama Upen, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) di Kampung Sukau.

Saddi berkata cadangan menggantik­an kedua-dua projek penarafan jalan itu dikemukaka­n kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ketika merasmikan Masjid Tun Juhar, Mei lalu.

Katanya, Upen dan JKR akan mengemukak­an keputusan mesyuarat mengenai perkara itu kepada Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, dan Kementeria­n Kewangan di Pusat.

“Maknanya, apabila cadangan ini dipersetuj­ui, ketiga-tiga projek penarafan jalan berkenaan yang dianggarka­n menelan RM73 juta tetap diteruskan di Sukau. Walaupun pembinaan jambatan dibatalkan, ia tetap digantikan tiga projek mega yang begitu penting kepada masa depan pembanguna­n rakyat di kawasan Pekan Sukau,” katanya.

Turut serta dalam lawatan tapak itu ialah Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Nasir.

Saddi yang juga Pengerusi Korporasi Pembanguna­n Desa (KPD) turut menyatakan penghargaa­n kepada Ketua Menteri kerana bersedia memberikan pertimbang­an ke atas syornya mencadangk­an penukaran projek penting itu demi kebaikan rakyat Sukau.

 ??  ?? SADDI ketika menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah Kinabatang­an.
SADDI ketika menghadiri mesyuarat di Pejabat Daerah Kinabatang­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia