Utusan Borneo (Sabah)

Pathlyn buka pusat gimnasium di Kota Marudu

Pathlyn buka pusat gymnasium di Kota Marudu

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

M

INAT menceburi bidang gymnasium sejak kecil, Pathlyn Leosie M Mikat dengan kerjasama ayahnya sendiri John Charles Mitah Mikat dan abang sulungnya Melvin Romie M Mikat berjaya menubuhkan sebuah gymnasium di Kota Marudu.

Pathlyn berkata sejak dari kecil kesemua adik beradiknya sudah didedahkan dengan kebiasaan gaya hidup sihat berikutan ayahnya begitu minat dengan bidang gymnasium.

Katanya pada sebelah pagi dan petang terutama hujung minggu ayahnya akan memanggil mereka untuk bergymnasi­um bersama-sama di mini gymnasium yang direka sendiri di rumah mereka.

“Apabila sudah berjaya, kami berbincang untuk membuka sebuah gymnasium di sini bagi meluaskan lagi kawasan gym kami selain memberi peluang kepada masyarakat Kota Marudu bersamasam­a kami mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

Tambahnya ayah dan abangnya sendiri memberikan banyak peranan penting dalam memperkemb­angkan gymnasium ini termasuk nasihat serta idea dalaman gym itu sendiri.

Menurutnya perkara ini adalah disebabkan oleh pengalaman luas mereka dalam bidang gymnasium terutamany­a perkara membabitka­n peralatan dan kemudahan yang perlu ada di dalam gymnasium.

“Syukurlah selepas setahun pembukaan gymnasium ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’, kami mendapat sambutan yang begitu memberangs­angkan daripada pelanggan pelbagai latarbelak­ang.

“Malahan sebahagian besar pelanggan yang datang di sini adalah pengunjung yang berasal dari kawasan Pitas dan Tandek iaitu kawasan yang dikira agak jauh dari sini,” katanya.

Beliau berkata ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’ bukan sahaja terletak di lokasi yang strategik iaitu di kawasan pekan, malahan gymnasium terbabit juga menyediaka­n kemudahan lengkap untuk penggiat gymnasium ini.

“Gymnasium kami adalah satu-satunya gym di Kota Marudu yang menyediaka­n peralatan lengkap bukan sahaja pelbagai mesin fitness termasuk Abs Crunch, Basikal Statik, Leg Press, Squat Hack dan sebagainya malahan kami juga menyediaka­n alat gym utama di bahagian Freeweight dan Body Weight training sepertiman­a yang dikehendak­i pengunjung.

“Selain perkhidmat­an sampingan gymnasium seperti loker, bilik mandi dan sebagainya, kami turut menjual beberapa jenis protein kepada pengunjung mengikut kesesuaian.

“Pelanggan boleh mendapatka­n bekalan protein di gymnasium kami dengan mudah dan tidak perlu bersusah payah untuk menempahny­a di kawasan luar berikutan bekalan ini susah diperolehi di sini,” katanya.

Pathlyn berkata apa yang menarik di ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’ pihaknya turut menyediaka­n perkhidmat­an kepada golongan wanita yang mula berjinak-jinak dengan bidang gymnasium.

“Gymnasium kami diselia sepenuhnya oleh dua adik perempuan saya iaitu Charlyn dan Rattlyn Mousie yang akan membantu golongan wanita dari segi penggunaan peralatan yang sesuai kepada pengunjung berkenaan.

“Jika ada pengunjung yang tidak mempunyai asas dalam bidang ini, mereka akan membantu dari tahap awal sehingga pengunjung terbabit boleh mengendali­kan peralatan sendiri,” katanya.

Tambahnya jika dilihat perbanding­an pada waktu awal pembukaan gyamnasium ini, golongan lelaki lebih ramai mengunjung­i gymnasium terbabit, tetapi pada masa ini, lebih ramai pengunjung wanita sebagai pengunjung tetap di sini.

Menurutnya ayahnya sendiri akan ke sana bagi membantu pelanggan yang memerlukan khidmat kaunseling daripada yang lebih berpengala­man dalam bidang ini.

“Kebanyakan pengunjung yang mendapat kaunseling daripada ayah saya ialah dalam kalangan atlet sekolah menengah yang perlu mengekalka­n stamina mereka.

“Ayah akan mengajar beberapa aspek asas kerana khuatir bahagian otot pelajar akan mengalami kecederaan kerana tidak mengamalka­n cara yang betul, selain itu beberapa tips berguna lain termasuk latihan pernafasan yang betul juga akan diajarkan kepada mereka,” katanya.

Pathlyn berkata ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’ dibuka bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan yuran harian sebanyak RM10 dan yuran ahli sebanyak RM78.

Beliau juga berharap agar lebih ramai pengunjung terutamany­a wanita yang datang ke gymnasium terbabit pada masa hadapan dan pihaknya kini juga sedang dalam perancanga­n untuk menubuhkan sebuah gym di luar kawasan termasuk Pitas berikutan permintaan yang banyak dari kawasan berkenaan.

Syukurlah selepas setahun pembukaan gymnasium ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’, kami mendapat sambutan yang begitu memberangs­angkan daripada pelanggan pelbagai latarbelak­ang. Malahan sebahagian besar pelanggan yang datang di sini adalah pengunjung yang berasal dari kawasan Pitas dan Tandek iaitu kawasan yang dikira agak jauh dari sini.

PATHLYN LEOSIE M MIKAT

 ??  ??
 ??  ?? SALAH seorang pengunjung wanita menggunaka­n salah satu peralatan di gymnasium berkenaan.
SALAH seorang pengunjung wanita menggunaka­n salah satu peralatan di gymnasium berkenaan.
 ??  ?? JOHN Charles menerangka­n sesuatu perihal treadmill kepada bekas Pegawai Daerah Kota Marudu Jaiping Minsu semasa perasmian gym berkenaan tahun lalu.
JOHN Charles menerangka­n sesuatu perihal treadmill kepada bekas Pegawai Daerah Kota Marudu Jaiping Minsu semasa perasmian gym berkenaan tahun lalu.
 ??  ?? MELVIN menggunaka­n salah satu peralatan Freeweight yang tersedia di ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’.
MELVIN menggunaka­n salah satu peralatan Freeweight yang tersedia di ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’.
 ??  ?? GOLONGAN wanita lebih suka menggunaka­n basikal statik dan treadmill.
GOLONGAN wanita lebih suka menggunaka­n basikal statik dan treadmill.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pengunjung wanita di ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’.
SEBAHAGIAN pengunjung wanita di ‘Power and Bulk Gym Kota Marudu’.
 ??  ?? PATHLYN (tengah) sememangny­a suka melakukan aktiviti riadah.
PATHLYN (tengah) sememangny­a suka melakukan aktiviti riadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia