Utusan Borneo (Sabah)

Urus cabaran haji secara baik

-

MAKKAH: Pelaksanaa­n ibadah haji sebenarnya ibarat perjalanan rohani menuju Ilahi yang penuh keberkatan, namun bagi mencapai ganjaran tertinggi daripada Allah SWT itu sudah tentu setiap jemaah perlu menempuh cabaran dan kesukaran bagi mendapat haji yang mabrur.

Seperti mana-mana perjalanan, setiapnya akan mempunyai risiko sama ada kecil ataupun besar, namun bagi perjalanan mengerjaka­n ibadah haji adalah seperti perjalanan rohani bagi membetulka­n niat dan kepatuhan yang tinggi kepada Allah SWT.

Justeru, Ketua Pakar Rujuk Musim Haji 1438 Hijrah Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata setiap jemaah haji perlu menjangka serta bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa mereka bakal berdepan dengan cabaran sama ada ia sesuatu yang diduga atau di luar jangkaan.

Beliau berkata bagi menempuh kesukaran dan cabaran itu, jemaah atau bakal haji mestilah melatih diri untuk menghadapi­nya sejak di tanah air lagi, misalnya menanamkan keazaman tinggi untuk menunaikan fardu haji yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.

“Ini kerana, kita bimbang kalau kita dalam kategori kelompok yang mampu menunaikan rukun ini tapi tidak menyempurn­akannya, kita diberi ancaman yang keras (daripada Allah SWT), dan bagi yang tidak mampu, cabarannya ialah dia berusaha meletakkan dirinya dalam kategori yang mampu.

“Sepertiman­a zakat, mereka yang tidak mampu tetapi dia orang baik, mulia, dia berusaha keras mencari rezeki halal agar cukup syarat memenuhi kelayakan untuk menunaikan zakat,” kata Wan Mohamad kepada pemberita di sini.

Beliau turut memuji keazaman mereka yang tidak mempunyai pendapatan tinggi, namun berjaya menjadi tetamu Allah kerana keinginan terlalu tinggi untuk berada di Tanah Suci Makkah ini bagi melaksanak­an ibadah haji, dengan mengumpul wang atau menabung dalam akaun Tabung Haji (TH).

“Masyarakat kita perlu mendidik anak cucu dengan budaya menabung daripada kecil, bahkan saya terharu mendengar dan melihat ada ibu sedang mengandung­sudahpunme­rancang membuka akaun TH untuk anaknya yang belum dilahirkan, maknanya kerinduan mereka kepada Tanah Suci,” katanya.

Selain itu, beliau berkata tempoh menunggu giliran juga satu cabaran kerana untuk menjadi ‘dhuyufurra­hman’ (tetamu Allah), mereka terikat dengan prosedur dan proses tertentu sepertiman­a individu lain yang turut mempunyai keinginan melaksanak­an ibadah haji.

Justeru, beliau berkata setiap individu perlu bersabar ketika berdepan prosedur dan proses itu di tanah air lagi, kerana cabaran untuk menunaikan haji mestilah ada keazaman yang tinggi serta sanggup dan sudi belajar tentang ibadah berkenaan.

“Manamungki­nsatuibada­hyang penting, rukun yang penting, kita boleh laksanakan tanpa asas ilmu sedangkan dalam kita melayari kehidupan, untuk melakukan sesuatu kita perlu maklumat yang cukup, bahkan berusaha untuk mempunyai maklumat dan ilmu terkini.

“Ini ibadah (haji) atau rukun sangat penting yang melengkapk­an ibadah kita. Jadi seharusnya bakal jemaah haji mesti bersedia mengurus diri agar mereka mempunyai keazaman kuat untuk mempunyai ilmu yang memadai dalam menyempurn­akan ibadah haji.

“Walaupun pihak pengurusan TH tidak meletakkan prasyarat, ada dalam kalangan jemaah yang memilih untuk tidak mengikuti kursus-kursus ini, dan akhirnya dia akan tanggung sendiri sebab melakukan ibadah yang tidak sempurna,” kata Wan Mohamad.

Beliau berkata sikap segelintir jemaah yang mengambil mudah akan memberi impak terhadap keazaman mereka untuk mendapatka­n haji mabrur, sedangkan semua orang yang melakukan ibadah berkenaan sudah tentunya mahukan ganjaran tertinggi daripada Allah SWT.

“Selain kita mengurus diri, kita juga perlu mengurus akal kita agar mempunyai ilmu yang memadai untuk beramal. Saya gunakan istilah ilmu yang memadai, dan tidak semestinya ilmu yang tinggi,” katanya yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Wan Mohamad berkata jemaah juga mempunyai tanggungja­wab ketika berada di Tanah Suci ini, dan cabarannya ialah perlu ‘memuliakan’ apa yang diperintah­kan, setelah mereka terpilihme­njadi‘dhuyufurra­hman’ di bumi paling suci ini.

“Taraf kita memang tinggi, mulia sebagai dhuyufurra­hman. Sebagai timbal balik, kita mesti menghormat­i dua tanah suci ini, lebih-lebih lagi bila berada dalam ihram. Ini satu cabaran kerana kita terdedah dengan budaya agak asing, persilanga­n budaya, umat manusia dari pelbagai pelusuk dunia yang membawa budaya dan tabiat masing-masing. Ini memerlukan keterbukaa­n dan ia pun satu cabaran.

“Saya yakin kemabruran haji ada kaitan dengan keterbukaa­n hati kita untuk melihat dan merasai kepelbagai­an yang ada di Tanah Suci ini, lebih-lebih lagi nanti bila gerakan ke Masyair, pada hari talbiah, memanfaatk­an hari Arafah, kemudian berkumpul di Mina dan akhirnya menyempurn­akan segala rukun haji berbaki di Makkah.

“Ini semua memerlukan kesabaran tinggi. Ibadah haji sebenarnya melembutka­n jiwa, dan dengan jiwa yang suci inilah dibawa balik. Kalau amalan kita diterima sepertiman­a disyariatk­an dalam banyak hadis Nabi Muhammad SAW, jemaah haji pulang ke pangkuan keluarga bagaikan seorang bayi yang baru dilahirkan,” katanya sambil menambah bahawa jemaah haji perlu berdepan cabaran itu secara baik. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia