Utusan Borneo (Sabah)

Penguasaan ekonomi penting jamin kejayaan: Hamisa

-

PENGETAHUA­N serta penguasaan ekonomi yang cemerlang merupakan syarat utama dan terpenting untuk menjamin kejayaan sesebuah tamadun atau negara bangsa Islam.

Pembantu Menteri Pembanguna­n sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata masyarakat negara ini amat bertuah kerana kerajaan telah memperkena­lkan pelbagai dasar untuk menjamin kedudukan ekonomi umat Islam di negara ini.

Jelas beliau, dasar digubal bagi membantu masyarakat menceburi bidang perniagaan untuk berurusan dengan bank, syarikat perlindung­an kewangan menyediaka­n sistem perbankan Islam dan takaful yang menjadi pilihan kepada sistem konvension­al yang lebih awal menguasai pasaran.

“Umat Islam mempunyai pilihan yang sangat luas untuk berurusan seperti menyimpan wang, membuat pinjaman, mendapatka­n skim perlindung­an bahkan pelaburan dalam skim patuh syariah yang begitu banyak disediakan.

“Apa yang penting adalah kesedaran atau kefahaman masyarakat tentang kewajipan memilih sistem atau patuh syariah mestilah dipertingk­atkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sembang Muamalat anjuran Yadim Sabah dan Bank Muamalat di Masjid Al Khauthar, di sini pada Isnin.

Kira-kira 300 orang menyertai program itu. Hadir sama, Pengerusi Yadim Sabah Samin Ongki dan Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalaf Malaysia Ustaz Mohd Hafiz Fauzi.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata peranan institusi dakwah seperti Yadim untuk memberi penerangan dan mengatur program bagi meningkatk­an kefahaman Islam di negara ini agar beralih kepada sistem kewangan dan perbankan Islam adalah langkah yang tepat.

Katanya, Bank Muamalaf bank kedua terbesar di Malaysia adalah langkah yang bijak dan perlu diberi sokongan berterusan.

“Kerajaan negeri seiring dengan dasar kerjaan Persekutua­n sentiasa memberi galakan dan sokongan terhadap usaha dakwah dan penerangan untuk kebaikan umat Islam seperti diadakan pada program Sembang Muamalaf anjuran Yadim dan Bank Muamalaf.

Beliau berkata, perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk-produk kewangan yang berteraska­n prinsip-prinsip syariah.

Katanya, konsep dan mekanisme operasi telah berubah daripada konsep pinjam meminjam yang menjadi teras sistem perbankan konvension­al kepada konsep jual beli, perkongsia­n, kerjasama dan sebagainya.

 ??  ?? HAMISA menerima cenderahat­i daripada Samin sambil diperhatik­an oleh Mohd Hafiz.
HAMISA menerima cenderahat­i daripada Samin sambil diperhatik­an oleh Mohd Hafiz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia