Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan Raime, Rubin dan Sairin sebagai calon BN pada PRU14

Sebagai calon BN pada PRU14

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Ketiga-tiga sayap Umno dari tiga bahagian di pedalaman menyuaraka­n sokongan untuk meminta pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasonal (BN) mengekalka­n wakil-wakil rakyatUmno­daripedala­man sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sebulat suara menyuaraka­n sokongan kepada ketiga-tiga wakil rakyat pada Mesyuarat Perwakilan Gabungan pergerakan itu bagi bahagian Tenom, Keningau dan Pensiangan yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, di sini pada Ahad.

Mesyuarat itu telah dirasmikan oleh Naib Presiden Umno merangkap Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussien.

Ketiga-tiga sayap itu meminta agar pucuk pimpinan Umno dan BN mengekalka­n Datuk Raime Unggi, Datuk Rubin Balang dan Datuk Haji Sairin Karno sebagai calon BN bagi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Liawan.

Ia disebabkan prestasi kepimpinan yang terdapat pada ketiga-tiga pemimpin berkenaan dalam memajukan kawasan dan membantu kebajikan serta kesejahter­aan rakyat di kawasan masingmasi­ng.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar bersama pimpinan tiga bahagian pergerakan itu, Tenom, Keningau dan Pensiangan turut meminta pucuk pimpinan Umno dan BN agar meletakkan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin sebagai calon BN di kawasan baharu Tulid pada PRU14.

Katanya, ia berdasarka­n yang Parlimen Keningau dan Tenom masing-masing ada wakil daripada Umno dan amat tepat kawasan Pensiangan juga perlu wakil dari Umno untuk bertanding sebagai calon BN pada pilihan raya akan datang.

Beliau menyifatka­n Ghani adalah calon paling sesuai untuk membawa cabaran parti itu di Pensiangan seterusnya membantu pembanguna­n kawasan itu bersama-sama pemimpin komponen BN di kawasan berkenaan.

Ketua Wanita Umno Tenom yang juga Pengerusi Pelaksana majlis itu, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan mewakili pimpinan tiga bahagian pergerakan itu, Tenom, Keningau dan Pensiangan turut menyatakan pendirian dan sokogan padu kepada pimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Naib Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammudd­in.

Beliau menyifatka­n gandingan kepimpinan tiga serangkai itu dalam mengemudi parti dan memimpin kerajaan amat diyakini kemantapan­nya, malah sudah pun terbukti dan teruji selama ini.

Di peringkat negeri, katanya, ketiga-tiga sayap dari tiga bahagian itu, berdiri teguh dan menyokong padu kepimpinan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di mana, kepimpinan cemerlang beliau sepanjang menerajui kepimpinan parti dan Kerajaan Negeri Sabah amat jelas terbukti menerusi kepesatan dan kehebatan pembanguna­n yang dibawakan untuk rakyat dan negeri.

“Kami dari pergerakan Wanita sudah melengkapk­an jentera dan bilik gerakan masing-masing, serta bersedia masuk gelanggang pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Kami hanya menunggu tiupan wisel daripada pimpinan, sebelum kita bergerak menggempur musuh.

“Persediaan dan persiapan jentera sudah lama diatur. Contohnya, bagi Wanita Tenom sendiri, bilik gerakan, jalinan rakyat, `Call Centre’ dan seumpamany­a sudah lama dipersiapk­an. Kami telah memulakan gerak kerja sejak lama dahulu, sebab itu kami tidak gundah-gulana, bilabila pun pilihan raya datang menjelma,” katanya.

Rahmahjan berkata, Call Centre Wanita Umno Tenom itu mencipta sejarah tersendiri kerana ia merupakan yang pertama diwujudkan daripada 25 bahagian di Sabah, yang antara lain, berfungsi memantau kedudukan serta status pengundi, selain sebagai wadah interaksi ahli dan pengundi dengan kepimpinan Wanita di peringkat bahagian.

Beliau memberitah­u, Tenom, Keningau dan Pensiangan yakin BN masih kekal menjadi pilihan pengundi, biarpun pihak pembangkan­g cuba-cuba menyusup masuk.

“Keyakinan ini kita sandarkan tentang hakikat Umno dan BN telah berjaya membuktika­n kepada rakyat, bahawa kita masih merupakan pemimpin dan pentadbir yang terbaik untuk negara, yang mampu memenuhi aspirasi rakyat, berbanding pembangkan­g yang sekadar menabur janji setinggi bulan dan bintang.

“Pergerakan Wanita juga menyokong agar Raime dan Rubin dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya akan datang berdasarka­n kecemerlan­gan pimpinan mereka selama ini, yang telah membuktika­n keupayaan mensejahte­raan rakyat dan umat, dari pelbagai tempat dan peringkat.

“Saf kepimpinan kami bersatu, perjuangan kami berprinsip, maka Umno Tenom sentiasa relevan untuk rakyat sepanjang zaman,” katanya.

Rahmahjan berkata, biarpun mungkin tidak seratus peratus aspirasi rakyat dapat dipenuhi, namun pada umumnya, pimpinan wanita di Bahagian Tenom, yang sentiasa inklusif dan proaktif telah berjaya membawa banyak perubahan demi perubahan, baik dari segi infa-rakyat, mahupun sosioekono­mi.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno Tenom Norhazrila­h Latif mewakili ketiga-tiga pergerakan itu di Tenom, Keningau dan Pensiangan turut menyuaraka­n sokongan pimpinan Umno Pusat terdiri presiden dan dua naib presiden parti itu.

Seramai 3,000 perwakilan dan pemerhati dari ketigatiga sayap Umno Bahagian Tenom, Keningau dan Pensiangan termasuk ketuaketua bahagian Datuk Rubin Balang (Tenom), Datuk Haji Sairin Karno (Keningau) dan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin (Pensiangan) hadir di majlis itu.

Turut hadir, Ketua Wanita Bahagian Hajah Amelia Ajun (Keningau) dan Datuk Haji Zaiton Anik (Pensiangan), Ketua Pemuda Nik Nazri Nik Zawawi (Keningau) dan Jehan Osman (Pensiangan), Ketua Puteri Hajah Salbiah Suhaideh (Keningau) dan Norhafizah Muamin (Pensiangan), Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi dan Pegawai Daerah Madiyem Layapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (duduk, tengah) bersama Rubin, Sairin dan Ghani. Turut kelihatan, Rahmahjan (duduk, dua kiri), Jamawi (kiri) serta (berdiri dari kiri) Nik Nazri, Jehan, Zaiton, Amelia, Salbiah, Norhazrila­h dan Norhafizah.
HISHAMMUDD­IN (duduk, tengah) bersama Rubin, Sairin dan Ghani. Turut kelihatan, Rahmahjan (duduk, dua kiri), Jamawi (kiri) serta (berdiri dari kiri) Nik Nazri, Jehan, Zaiton, Amelia, Salbiah, Norhazrila­h dan Norhafizah.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN bersama para pemimpin bahagian, ketiga-tiga sayap serta perwakilan dan pemerhati menyanyika­n lagu Jalur Gemilang.
HISHAMMUDD­IN bersama para pemimpin bahagian, ketiga-tiga sayap serta perwakilan dan pemerhati menyanyika­n lagu Jalur Gemilang.
 ??  ?? RAHMAHJAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hishammudd­in. Turut kelihatan (dari kanan) Raime, Ghani, Sairin, Rubin, Zaiton, Amelia dan Jehan.
RAHMAHJAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Hishammudd­in. Turut kelihatan (dari kanan) Raime, Ghani, Sairin, Rubin, Zaiton, Amelia dan Jehan.
 ??  ?? NAIB Presiden PBRS Datuk Kadoh Agundong (dua kanan) dan wakil dari Parti Gerakan antara pemimpin parti komponen BN yang hadir.
NAIB Presiden PBRS Datuk Kadoh Agundong (dua kanan) dan wakil dari Parti Gerakan antara pemimpin parti komponen BN yang hadir.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN (dua kiri) bersama Ghani (kiri), Sairin (dua kanan) dan Rubin (kanan).
HISHAMMUDD­IN (dua kiri) bersama Ghani (kiri), Sairin (dua kanan) dan Rubin (kanan).
 ??  ?? PARA perwakilan Puteri dan Wanita yang hadir pada majlis itu.
PARA perwakilan Puteri dan Wanita yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? HISHAMMUDD­IN dan Rahmahjan serta pemimpin lain Umno dari ketiga-tiga sayap Umno.
HISHAMMUDD­IN dan Rahmahjan serta pemimpin lain Umno dari ketiga-tiga sayap Umno.
 ??  ?? RAHMAHJAN (tengah) bersama AJK Wanita pada sidang media selepas majlis itu.
RAHMAHJAN (tengah) bersama AJK Wanita pada sidang media selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia