Peraduan Jelita Semulajadi Yeo’s kembali lagi
Untuk galak gaya hidup sihat
KUCHING: Peraduan Jelita Semulajadi Yeo’s kini kembali lagi dengan menawarkan hadiah yang lebih lumayan kepada pemenang yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 15 September 2017
Pengurus Kanan Komunikasi dan Korporat Hiap Seng (Malaysia) Sdn Bhd Joe Wong berkata, peraduan itu bertujuan mengalakkan gaya hidup sihat.
“Ia juga salah satu platform yang baik untuk gadis di Malaysia Timur untuk menampilkan kecantikan semulajadi diri mereka selaras dengan falsafah Yeo’s yang sentiasa menitikberatkan ‘pilihan semulajadi’.
“Ini merupakan kali yang ketiga kami menganjurkan peraduan ini dengan kerjasama daripada akhbar tempatan iaitu The Borneo Post, See Hua Daily News dan Utusan Borneo,” katanya.
Yeo’s berharap menerusi Peraduan Jelita Semulajadi itu dapat membudayakan cara hidup sihat dalam kalangan Timur Malaysia. Ia adalah kerana konsep asas kejelitaan semulajadi berasal dari amalan gaya hidup sihat. Melalui peraduan itu peserta dapat menampilkan kecantikan semulajadi walaupun tanpa sebarang solekan.
Seramai 30 pemenang berpeluang memenangi hadiah harian dengan wang tunai sebanyak RM100 dengan produk Yeo’s dan RM100 untuk setiap jurugambar sepanjang peraduan ini berlangsung.
Tiga pemenang utama akan menerima wang tunai kesemuanya berjumlah RM6,000 merangkumi pemenang utama RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Keputusan akan diumumkan 14 hari selepas tamat peraduan.
Peserta juga boleh memuat naik gambar dalam laman Facebook See Hua Daily News (Online), Borneo Post Online dan Utusan Borneo Online. Gambar yang paling banyak dikongsi dalam laman sosial tersebut berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM500.
Teh Hijau merupakan antara minuman pilihan di Malaysia Timur kerana ia segar dan dihasilkan daripada daun teh hijau tanpa bahan pengawet dan pewarna.
Malah, teh hijau ini mempunyai ciri- ciri istimewa sendiri iaitu antioksida semulajadi bagi memberi ketahanan dalam badan manusia dengan semula jadi selain membantu metabolisme badan untuk mengurangkan berat badan yang merupakan impian setiap wanita.
Terma dan syarat penyertaan Peraduan Jelita Semulajadi Yeo’s kembali lagi:
Pertandinganinidiadakandari 16 Ogos hingga 15 September 2017 dan terbuka kepada semua jurugambar dan model (amatur dan profesional) warganegara Malaysia dari Sarawak dan Sabah dengan syarat anda haruslah menunjukkan atau bergambar dengan Yeo’s Teh Hijau.
Peserta haruslah berumur 18 sehingga 28 tahun.
Peserta juga boleh mengambil gambar swafoto sendiri mengikut kreativiti masingmasing.
Peserta juga harus membeli produk Teh Hijau Yeo’s dengan jumlah minimum RM10 dalam satu resit, hantar resit tersebut dan juga hantarkan bersama dengan gambar kejelitaan semulajadi dengan produk Teh Hijau Yeo’s.
Pesertajugabolehmenghantar sebanyak mungkin gambar masing-masing sebelum tarikh tutup penyertaan dan penyertaan (gambar) mesti menunjukkan dengan jelas Teh Hijau Yeo’s.
Peserta hanya boleh menggunakan solekan ringkas.
Peserta perlu memberi penyataan ringkas tentang kebaikan teh hijau Yeo’s dengan tidak melebihi 20 patah perkataan dalam setiap penyertaan.
Para peserta haruslah memberikan gambar asal yang diambil sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera tanpa sebarang pengubahsuian dari aplikasi atau perisian (editing)
Gambar 30 peserta harian yang menang akan dimuat naik dalam laman Facebook See Hua Daily News (Online), Borneo Post Online dan Utusan Borneo Online. (Tarikh akan diumumkankemudian)Gambar yang paling banyak di share dalam laman sosial tersebut berpeluang memenangi hadiah berupa wang tunai RM500.
Untuk makluman ramai, pemenang harian akan diumumkan bermula pada 18 September hingga 17 October 2017.
30 pemenang berpeluang memenangi hadiah harian dengan wang tunai sebanyak RM100 dengan produk Yeo’s dan RM100 untuk setiap jurugambar sepanjang Peraduan ini berlangsung.
Tiga pemenang utama akan menerima wang tunai kesemuanya berjumlah RM6,000 merangkumi pemenang utama RM3,000, kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Keputusan akan diumumkan 10 hari selepas tamat peraduan.
Peserta boleh menghantar hasil karya gambar mereka ke e-mail yeos.beautycontest@ gmail.com. Sila nyatakan nama penuh, no kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi. (*Gambar tidak boleh melebihi 2MB)
Keputusan akhir penganjur adalah sah dan muktamad dalam semua perkara yang berkaitan dengan peraduan ini. Tiada rayuan yang akan dilayan.
Penganjur juga berhak untuk menggunakan manamana penyertaan untuk tujuan publisiti, promosi atau pemasaran tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada peserta.