Fahami, hayati makna merdeka
Penglibatan generasi muda dalam Program Kemerdekaan wajar diberi galakan
Mereka menganggap sambutan itu sebagai hiburan dan kerana anggapan itulah juga mereka menganggapnya sebagai perkara yang remeh. DATUK ISNIN HAJI ALIASNIH Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd
BEAUFORT: Penglibatan generasi muda dalam penganjuran program sempena sambutan Hari Kemerdekaan wajar diberikan galakan.
Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata langkah itu akan dapat membawa generasi muda untuk memahami mengapa sambutan Hari Kemerdekaan diadakan pada setiap tahun.
Beliau yang ditemui selepas merasmikan program sejiwa sempena sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Kawasan Rukun Tetangga Beaufort Selatan, di sini, berkata ada segelintir generasi muda melihat sambutan itu hanyalah untuk berhibur semata-mata.
“Mereka menganggap sambutan itu sebagai hiburan dan kerana anggapan itulah juga mereka menganggapnya sebagai perkara yang remeh,” katanya.
Menurutnya generasi muda perlu memahami mengapa sambutan Hari Kemerdekaan diadakan dan ketika ini sambutan itu berterusan sehinggalah ke Hari Malaysia.
Katanya, antara sebab sambutan diadakan adalah mengajak rakyat negara ini agar sentiasa bersemangat dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau memberitahu, bukan mudah untuk negara mencapai kemerdekaandanpengorbanan pejuang kemerdekaan perlu diketahui.
Isnin juga menasihatkan agar generasi muda tidak bersikap `menurut’ sebaliknya mengambil pendekatan menilai dan berfikir terlebih dahulu.
Katanya, terdapat pihak tertentu yang ketika ini sibuk mempersoalkan status Sabah dalam penyertaannya membentuk Malaysia.
“Pelbagai dakwaan yang mereka hebah-hebohkan dan matlamat mereka cuma satu iaitu mahu rakyat menjatuhkan kerajaan yang ada ketika ini,”.