Malaysia, Jepun bangun sistem rawatan efluen sawit
BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPISB) baru-baru ini mengumumkan kerjasama dalam membangunkan serta meningkatkan sistem rawatan efluen kilang sawit dengan menggunakan teknologi aquarator (sistem pengudaraan tenggelam) atau dikenali sebagai sistem Aquator telah pun selesai sepenuhnya.
Ketua Pengarah MPOB, Dr. Ahmad Kushairi Din dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Pembangunan) MPOB, Dr. Lim Weng Soon, semasa mengumumkan mengenai projek berkenaan berkata, usaha sama antara tiga pihak terbabit bermula pada Disember 2015 apabila MPOB, JICA dan FPISB menandatangani projek kerjasama dalam rawatan efluen kilang sawit (POME).
Kos pembangunan sistem yang mencecah RM10 juta dibiayai sepenuhnya oleh JICA.
Pemasangan sistem ini dilaksanakan di Kilang Sawit Felda Jengka 21, Pahang oleh syarikat yang dilantik JICA iaitu Hanshin Engineering Co. Ltd, manakala MPOB terlibat dalam pemantauan dan pengesahan sistem.
Melalui kerjasama ini, MPOB dapat memindahkan teknologi kepada pihak industri untuk memenuhi keperluan peraturan air sisa Malaysia.
Sistem Aquator kini telah beroperasi sepenuhnya bermula Januari 2016.
Katanya, rawatan POME adalah salah satu bidang tumpuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) MPOB dalammemastikanindustrisawit menjadi industri mampan.
“Air buangan yang dilepaskan ke sungai harus mematuhi peraturan yang sangat ketat mengenai Permintaan Oksigen Biologi (BOD), Permintaan Oksigen Kimia (COD), pepejal dan lain-lain untuk memastikan sungai-sungai kita tidak tercemar,” katanya.