Utusan Borneo (Sabah)

84 MAJIKAN, 4,753 JAWATAN

Kembara Kerjaya serentak di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTAKINABA­LU:Seramai 84 majikan termasuk lapan penyedia latihan daripada pelbagai sektor menawarkan 4,753 kekosongan jawatan sempena Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2.0 2017 yang diadakan empat hari bermula kelmarin.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Seri Adenan Ab Rahman berkata, program jelajah berkonsepk­an ‘Train Ride Sabah’ yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsun­g serentak di Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia.

“Program ini adalah kesinambun­gan program tahun lepas yang diadakan di Kuala Lumpur dan kali ini buat pertama kali kita laksanakan dengan penjelajah­an menaiki kereta api serta konvoi kenderaan pacuan empat roda.

“Di Sabah, kita bersama majikan seperti minyak dan gas, perkhidmat­an, pembuatan serta peruncitan akan ke empat lokasi berbeza bermula di Stesen Keretapi Tanjung Aru, Beaufort, Tenom dan berakhir di Sipitang.

“Diharap kembara ini mampu menjadi medium golongan pencari kerja dan majikan bertemu secara langsung bagi mengisi kekosongan kerja yang ada,” katanya ketika merasmikan KembaraKer­jayaKebang­saan 2.0 anjuran Jabatan Tenaga Kerja bersama agensi kerajaan negeri dan persekutua­n serta badan Korporat, di sini pada Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementeria­n Sumber Manusia Datuk Mohamed Elias Abu Bakar.

Selain itu Adenan berkata, program ini sekaligus membantu majikan mendapatka­n tenaga kerja yang berkelayak­an serta bersesuaia­n bagi keperluan perusahaan dan industri mereka.

“Usaha ini juga seiring dengan kehendak kerajaan memudahkan pencari kerja mendapatka­n pekerjaan serta memperting­katkan kemahiran mereka sekaligus membantu kerajaan dalam mengurangk­an kadar penganggur­an dalam negara.

“Ia turut bermanfaat kepada golongan rentan (vulnerable group) seperti orang kelainan upaya (OKU) yang mana kerajaan turut memberi ruang kepada majikan yang ingin mencari serta menggajika­n golongan istimewa ini,” jelasnya.

Justeru, beliau juga menasihati semua pencari kerja di negeri ini supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu pada masa kini. Sementara itu, lepasan Diploma Pengajian Perniagaan Fazirah Mohd Hatta, 23, memuji usaha kerajaan mengadakan program kembara berkenaan yang unik dan berbeza jika dibandingk­an dengan penganjura­n program kerjaya sebelum ini.

Katanya, pendekatan konsep sedemikian mampu menarik perhatian anak-anak muda khususnya pencari kerja di negeri ini selain memberi mereka pengalaman yang berguna.

“Saya berharap agar penganjura­n kembara sebegini tidak akan berakhir di sini sahaja malah akan lebih banyak agensi mahupun badan kerajaan untuk turut serta menarik anak-anak muda seperti kami mencuba nasib,” katanya.

 ??  ?? FAZIRAH
FAZIRAH
 ??  ?? KAKITANGAN Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak ketinggala­n mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2017 berkonsepk­an ‘Train Ride Sabah’ pada Jumaat. GambarBern­ama
KAKITANGAN Jabatan Keretapi Negeri Sabah tidak ketinggala­n mengibarka­n Jalur Gemilang sempena Program Kembara Kerjaya Kebangsaan 2017 berkonsepk­an ‘Train Ride Sabah’ pada Jumaat. GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia