Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti hiking semakin popular, tingkat stamina, jana ekonomi setempat

Tingkat stamina, jana ekonomi setempat

-

AKTIVITI hiking iaitu mendaki bukit atau gunung kini menjadi semakin popular dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur.

Boleh dikatakan pemandanga­n yang cantik, bersih serta udara yang nyaman di satu-satu puncak menjadi faktor tarikan kepada umum.

Di Sabah sahaja, terdapat 12 trek yang telah dikenalpas­ti sebagai lokasi pendakian kepada peminat aktiviti riadah itu. Antaranya Bukit Perahu dan Bukit Tirig di Tamparuli, Bukit Kopungit di Kepayan dan Bukit Gundul di Sepanggar.

GALAKAN DAN FASILITI OLEH DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Mungkin tidak ramai perasan bahawa satu laluan baharu telah dibuka di Bandaraya Kota Kinabalu yang dinamakan ‘Signal Hill

Trail’ di Bukit Bendera. Laluan itu telah dibuka pada awal 2013 dan diselengga­ra oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai (gambar bawah) berkata, beliau menyokong dan menggalakk­an aktiviti sihat seperti mendaki bukit, berbasikal, berlari dan sebagainya. Ia juga membantu warga kota untuk menjadi lebih sihat dan cerdas agar dapat mencapai visi DBKK menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan berdaya huni.

Yeo turut menyatakan anggota penguatkua­sa DBKK juga mengadakan rondaan secara berkala di

Signal Hill Trail, namun beliau menyaranka­n agar para pendaki sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n ketika mendaki.

Beliau juga berharap agar setiap pendaki dapat memberikan kerjasama untuk menjaga kebersihan di sepanjang laluan semasa pendakian.

CAPAI KEPUASAN HIKING

Mula berjinak-jinak dengan sukan lasak ini, Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah Suwady Guliling, 53, yang sentiasa mencari peluang untuk mendaki bukit walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti jabatan dan juga mesyuarat.

Kali pertama mendaki katanya, kepuasan optima dirasai apabila banyak peluh berjaya dikeluarka­n dan tidur malam yang lebih lena.

“Sebelum saya berpindah tugas ke Sabah, saya sering bersenam di gimnasium kerana sedar yang saya perlu menjaga kesihatan dalam usia begini.

“Selama dua bulan aktif, lebih 10 kali saya mendaki sekitar Kota Kinabalu termasuk Bukit Tinjau di Kota Belud dan Bukit Trig di Keningau yang saya lakukan selepas sahaja selesai urusan kerja dan aktiviti jabatan.

“Kelelahan pada setiap kali tiba di puncak bukit mendatangk­an ketagihan untuk terus mencari lagi lokasi lain dan kini saya berazam mendaki sekurangku­rangnya dua kali dalam seminggu.

“Untuk mereka yang sibuk seperti saya, cara untuk kekal aktif bersukan adalah sentiasa menyediaka­n pakaian dan kasut di dalam kereta supaya boleh terus ke lokasi sebaik sahaja habis waktu bekerja,” katanya dengan senyuman penuh kepuasan.

Suwady turut mengakui perkara paling manis adalah semangat setiakawan dan saling membantu dapat dipupuk dalam sukan itu.

“Ketika mendaki, kita akan saling menyokong dan memberi semangat kepada kawan-kawan untuk menawan bukit sampai ke puncak dan pastikan mereka tidak cepat mengalah walaupun kepenatan,” katanya.

Malah, dia turut merancang untuk menubuhkan Kelab Japen Hikers untuk para anggota jabatan serta mengadakan aktiviti berkenaan bersama ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) dan Kelab 1Malaysia, dua organisasi di bawah seliaan Japen.

Turut berkongsi minat yang sama, suri rumah, Juliah Karim, 40, berjaya mencabar diri sendiri dengan mendaki lima bukit dalam sehari, walaupun niat pada asalnya sekadar menemani rakan yang membuat persiapan temasya tahunan Sabah, Climbathon Kinabalu.

Menurut Juliah, kemampuann­ya sebelum ini hanya mendaki dua bukit tetapi dengan semangat diberikan rakan-rakannya, dia akhirnya mampu menyelesai­kan misi bersamasam­a hingga bukit kelima bermula jam 7 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

Lima bukit yang berjaya didaki Julia dalam sehari adalah UMS Peak dan Bukit Botak di Sepanggar, Bukit Binaung di Bandar Sierra serta Bukit Nuluh Lapai dan Bukit Nuluh Kabayau di Telipok.

“Minat hiking ini bermula apabila saya mengalami masalah pertambaha­n berat

badan yang mendadak bersama rakan-rakan lama yang saya hubungi menerusi Facebook.

“Sebenarnya, saya telah mendaki separuh jalan di Gunung Kinabalu pada Oktober 2015 akibat cuaca yang tidak mengizinka­n.

“Kami dibenarkan mendaki semula selepas tiga bulan berikutnya iaitu pada Januari 2017 dan kami berjaya ke puncak Kinabalu yang menjadi impian saya sejak remaja.

“Untuk merealisas­ikan pendakian kali kedua ini, saya telahpun membuat persiapan dengan lebih 50 kali pendakian ke-29 bukit termasuk gunung dan air terjun untuk meningkatk­an lagi stamina,” cerita Juliah.

Berbeza dengan ahli Kelab Bukit Ke Bukit (BKB) Hiking Squad yang mendaki 11 bukit dalam tempoh 17 jam.

Wakilnya, Primero Peter, 27, berkata sebelum ini beliau bersama empat rakannya sudah berjaya menawan tujuh bukit dalam sehari sekitar Sepanggar, Telipok, Tuaran dan Tamparuli.

“Mendaki 11 bukit itu merupakan program tertutup kelab kami yang sangat memerlukan latihan fizikal dan mental yang cukup untuk berdepan apa juga cuaca dan laluan di bukit.

“Kami tidak mewarwarka­n misi ini kepada umum kerana kami mahu merasainya sendiri sebagai satu kerja gila,” katanya dengan bangga di atas pencapaian lebih 50 bukit setakat ini.

LOKASI HIKING DAPAT LIMPAHAN EKONOMI

Rata-rata pendaki yang ditemui bersetuju bahawa aktiviti hiking berupaya menjana limpahan ekonomi sesebuah kampung atau lokasi

hiking, selain menjaga tahap kesihatan masing-masing.

Apa tidaknya, detik-detik kepuasaan pendaki ketika berada di puncak yang dikongsi seantero dunia menerusi laman sosial itu sekaligus mempromosi­kan lokasi berkenaan kepada para pelancong dari dalam dan luar negara.

Peluang dan ruang luas itu terbuka secara tidak langsung kepada penduduk untuk memasarkan produk seperti hasil tanaman, makanan, kraftangan dan mungkin dalam aspek yang lebih jauh lagi mampu membangunk­an industri inap

desa.

 ??  ??
 ?? ‘hammocking’ ?? JULIAH bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan Air Terjun Langganan, Poring Ranau. SUWADI ketika melalui satu denai yang menjanjika­n seribu satu cabaran. ANTARA kenangan Suwadi bersama rakan-rakan yang berkongsi minat dalam aktiviti hiking. CABARAN...
‘hammocking’ JULIAH bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan Air Terjun Langganan, Poring Ranau. SUWADI ketika melalui satu denai yang menjanjika­n seribu satu cabaran. ANTARA kenangan Suwadi bersama rakan-rakan yang berkongsi minat dalam aktiviti hiking. CABARAN...
 ??  ?? SUWADI (dua dari kiri) bergambar kenangan sebelum menawan puncak Bukit Trig, Keningau.
SUWADI (dua dari kiri) bergambar kenangan sebelum menawan puncak Bukit Trig, Keningau.
 ??  ?? JULIAH menawan puncak Kinabalu dalam ekspedisi tahun ini pada usia 40 tahun.
JULIAH menawan puncak Kinabalu dalam ekspedisi tahun ini pada usia 40 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia