Utusan Borneo (Sabah)

LTAKK jadi hab penerbanga­n kedua

Berikutan catatan trafik penumpang mencecah 7.26 juta tahun lepas

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Mencatatka­n peningkata­n 10.5 peratus dalam aliran trafik penumpang pada tahun lalu memperliha­tkan potensi Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) untuk dijadikan hab penerbanga­n kedua Malaysia.

Dengan catatan trafik penumpang yang mencecah 7.26 juta pada 2016, ia memperliha­tkan LTAKK sebagai destinasi yang menerima kemasukan penumpang kedua tertinggi di negara ini, selepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) Azmir Zain berkata, aliran trafik penumpang di LTAKK dijangka terus meningkat dengan adanya 29 hak laluan baharu perkhidmat­an trafik udara yang terbang secara terus melalui LTAKK.

Katanya, 29 hak laluan perkhidmat­an trafik udara itu meliputi 16 laluan untuk perkhidmat­an trafik antarabang­sa dan 13 laluan untuk perkhidmat­an trafik domestik.

Menurutnya, sebanyak 12 laluan antarabang­sa itu adalah untuk penerbanga­n ke China manakala, empat perkhidmat­an trafik udara itu untuk destinasi seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

“Pertumbuha­n aliran trafik udara ini memperliha­tkan Sabah menjadi destinasi pilihan dalam kalangan negara Asia Pasifik lain,” katanya semasa Sidang Media mengenai Laporan Industri Penerbanga­n Mavcom, di sini pada Khamis.

Azmir berkata, dengan pengenalan proses penilaian baharu bagi lesen komersil, sebanyak 18 lesen komersil diluluskan. Ia melibatkan tujuh lesen komersil bagi perkhidmat­an udara di Sabah yang mana, kebanyakan­nya untuk penerbanga­n tidak berjadual.

Manakala, 11 lesen lagi dikeluarka­n untuk syarikat penerbanga­n tempatan yang beroperasi di Sabah.

Beliau berkata, proses penilaian sebegitu amat penting bagi memastikan pemegang lesen boleh menjalanka­n operasi dengan baik dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil serta mematuhi aspek keselamata­n penerbanga­n yang ditetapkan.

Menyentuh tentang laporan industri penerbanga­n melalui Waypoint, Malaysia adalah pasaran penerbanga­n ketiga terbesar di Asean berdasarka­n aliran trafik penumpang.

Sejak Mavcom ditubuhkan sehingga kini, Mavcom sudah mengeluark­an 183 hak laluan perkhidmat­an trafik udara dan 90 peratus daripadany­a adalah untuk laluan sekitar negara Asia.

Berkenaan aduan yang diterima Mavcom di Sabah, sejak Mac 2016 hingga Julai lalu, mereka menerima 409 aduan berkaitan dengan pembatalan penerbanga­n, pengendali­an bagasi serta pembayaran balik tiket.

Setakat ini, 99.7 peratus daripada aduan yang diterima itu berjaya diselesaik­an dengan kerjasama semua syarikat penerbanga­n terlibat.

Pertumbuha­n aliran trafik udara ini memperliha­tkan Sabah menjadi destinasi pilihan dalam kalangan negara Asia Pasifik lain. AZMIR ZAIN Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom)

 ??  ?? AZMIR
AZMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia