Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan ‘Cuti Istimewa’ untuk penderma darah

-

KOTA KINABALU: Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) menggesa kerajaan agar memberikan ‘Cuti Istimewa’ iaitu cuti sehari tanpa rekod sebagai penghargaa­nkepadapen­derma darah untuk memberi peluang lebih ramai kakitangan kerajaan dan swasta tampil menderma darah.

Presiden Pendarah Alix Sunggin berkata, insentif itu (cuti istimewa) boleh menjadi satu kempen percuma dan secara halus untuk memberi kesedaran serta menarik lebih ramai individu tampil menderma darah untuk membantu meringanka­n masalah kekurangan bekalan darah di semua hospital kerajaan.

“Darah hanya diperoleh daripada pendermaan sukarela.Iatidakdap­atdiproses atau dibeli seperti ubat-ubatan. Tanpa penderma, tidak akan ada bekalan darah. Oleh itu, adalah menjadi tanggungja­wab masyarakat dan hospital untuk memastikan bekalan darah sentiasa cukup pada masa depan.

“Sebagai penghargaa­n kepada penderma, selepas menderma darah biarlah dia (penderma) berehat sehari, lagi pun menderma darah hanya boleh dibuat tiga bulan sekali atau empat kali dalam setahun dan ia sama sekali tidak merugikan pihak kerajaan mahupun majikan.

“Bayangkan si penderma diberi cuti sehari selepas menderma darah ia secara tidak langsung boleh mengingatk­an si penderma agar menunaikan tanggungja­wab sosial setiap tiga bulan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kempen derma darah di CKS Hypermarke­t Millennium, Penampang.

Di pihak majikan pula, tambahnya, akan mendapat pekerja yang sihat memandangk­an setiap kali pekerjanya menyertai kempen derma darah boleh buat pemeriksaa­n kesihatan secara percuma.

Alix berkata, kebanyakan orang yang aktif menderma adalah mereka yang sihat. Majikan tidak akan mengalami sebarang kerugian memberikan cuti kepada pekerjanya semata-mata untuk menjalanka­n tanggungja­wab sosial menderma darah dan menyelamat­kan nyawa orang lain.

“Apabila cadangan ini dilaksanak­an kelak, orang ramai boleh menyertai manamana kempen derma darah yang dianjurkan oleh pihak hospital, syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO), di mana penderma hanya perlu mendapatka­n surat pengesahan daripada doktor yang bertugas sebagai bukti dan boleh ditunjukka­n kepada majikan,” katanya.

Katanya, Pendarah akan berusaha mengemukak­an cadangan itu kepada kerajaan agar dilaksanak­an segera untuk kepentinga­n semua pihak.

 ??  ?? ALIX (dua dari kanan) bersama kakitangan Hospital Queen 2 sempena kempen derma darah di luar CKS Hypermarke­t Millennium.
ALIX (dua dari kanan) bersama kakitangan Hospital Queen 2 sempena kempen derma darah di luar CKS Hypermarke­t Millennium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia