Utusan Borneo (Sabah)

Mavcom cadang perkhidmat­an udara luar bandar diperbahar­ui

-

KOTA KINABALU: Melihat kebergantu­ngan kawasan luar bandar di Sabah terhadap perkhidmat­an udara, usaha perlu dilakukan bagi memperbaha­rui perkhidmat­an udara luar bandar di negeri ini.

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) Azmir Zain berkata, mereka mencadangk­an supaya Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) melihat keperluan memperbaha­rui perkhidmat­an udara luar bandar (Rural Air ServicesRA­S) di Sabah.

Beliau berkata, Mavcom sedang bekerjasam­a dengan Kerajaan Negeri tentang keperluan itu dan Mavcom juga turut mengadakan lawatan ke kawasan luar bandar sekitar Sabah.

“Kami sudah bertemu dengan pihak akar umbi dan pelbagai pihak berkepenti­ngan dalam industri RAS termasuk hospital, sekolah, pegawai pentadbira­n bagi mengetahui kehendak dan keperluan terhadap perkhidmat­an udara luar bandar ini,” jelasnya.

Mengenai perkembang­an perbincang­an yang dibuat, Azmir memberitah­u bahawa MOT mempunyai kuasa yang lebih baik untuk memberikan komen mengenai isu ini kerana RAS di bawah pemantauan kementeria­n berkenaan.

“Apa yang saya boleh katakan di sini, perhubunga­n udara adalah pengangkut­an yang paling diperlukan bagi menghubung­kan kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an program RAS sejak negara ini mencapai kemerdekaa­n dan ia adalah satu usaha yang sangat baik.

“Walaupun Kerajaan Persekutua­n membangunk­an Lebuhraya Pan Borneo untuk menghubung­kan Sabah dan Sarawak namun, perhubunga­n untuk kawasan luar bandar masih memerlukan perkhidmat­an pengangkut­an udara,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia