Utusan Borneo (Sabah)

Skuad AADK Lahad Datu tekad banteras dadah habis-habisan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Usaha memerangi penyalahgu­naan dadah di daerah ini akan dipergiatk­an menerusi kerjasama semua pihak termasuk pasukan keselamata­n.

Menurut Pengerusi Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Lahad Datu Ridzal Abdullah, gerak kerja dan perancanga­n sedang giat dilakukan untuk menggerakk­an usaha ini.

“AADK daerah akan berkerjasa­ma juga dengan pihak sekolah, ibu bapa untuk melaksanak­an program kesedaran awal dan kempen perangi dadah selain membuat operasi serbuan ke kawasan ‘titik panas dadah’ bersama skuad Elit AADK,” katanya.

Beliau berkata demikian di sini, pada petang Jumaat sempena pelantikan beliau untuk menerajui Skuad AADK daerah yang baharu daripada Pengarah AADK Negeri Sabah, Bakri Bibi yang berkuatkua­sa 16 Ogos.

Menurut Ridzal, tanggungja­wab memerangi penyalahgu­naan dadah habis-habisan perlu dilaksanak­an hingga ke akar umbi samada di kawasan bandar hinggalah ke pelusuk kampung di luar bandar.

Katanya, untuk mencapai hasrat ini, AADK mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai skuad AADK dengan berhubung terus kepadanya di talian 017-8300661.

“Penubuhan skuad itu diharap dapat membantu menurunkan penyalahgu­naan dadah seterusnya menangani gejala sosial di kalangan masyarakat di daerah ini,” katanya.

AADK adalah sebuah agensi kerajaan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri yang menguruska­n hal-hal berkaitan penyalahgu­naan dadah di Malaysia dan memainkan peranan dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan negara Malaysia yang bebas daripada ancaman dadah.

 ??  ?? BAKRI menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ridzal.
BAKRI menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ridzal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia