Utusan Borneo (Sabah)

Guna MyKad palsu, dua wanita kena penjara

-

KOTA KINABALU: Dua wanita dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas kesalahan menggunaka­n kad pengenalan palsu.

Majistret Stephanie menjatuhka­n hukuman penjara 24 bulan terhadap Aminah Wahi, 27, dan Wati Laik dikenakan penjara 30 bulan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus, selepas mereka mengaku bersalah.

Aminah didapati menggunaka­n kad pengenalan­palsuberno­mbor 920211-12-6100 atas nama Farah Muin, pada 9 Ogos jam 10 pagi di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Manakala Wati menggunaka­n kad pengenalan atas nama Mai Aldan, pada hari dan di tempat yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau dengan kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh ditahan pihak polis pada hari kejadian, kerana disyaki menggunaka­n kad pengenalan palsu untuk terbang ke Kuala Lumpur. Mahkamah memerintah­kan Aminah dan Wati yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing berusia 54 tahun dikenakan penjara 20 bulan atas kesalahan sama.

Habir Ando mengaku bersalah menggunaka­n MyKad palsu atas namanya sendiri bernombor 63232712-5259, pada 11 Ogos jam 2 petang di kaunter ketibaan domestik, KKIA.

Tertuduh menyatakan membeli MyKad berkenaan daripada ajen dan digunakan untuk bekerja sebagai tukang masak. Mahkamah memerintah­kan Wati, Aminah dan Habir menjalani hukuman masing-masing serentak dengan hukuman atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas yang sah.

Selesai tempoh hukuman, mereka diarahkan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia