Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki motosikal curi, lelaki kena penjara 12 bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 53 tahun dikenakan penjara 12 bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas kesalahan memiliki harta curi.

Pungsin Anik dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Tertuduh memiliki sebuah motosikal curi, dipercayai milik seorang lelaki, pada 12 Ogos jam 11.30 pagi di KM39, Jalan Lama PaparKota Kinabalu.

Mengikut fakta kes, pada 13 September satu laporan polis dibuat pengadu menyatakan motosikal miliknya yang diletakkan di sebelah kedai dicuri, di Taman Putra Jaya, Telipok.

Siasatan lanjut, pada 12 Ogos satu laporan dibuat oleh seorang anggota polis trafik ketika sedang membuat Op Kenderaan Perdaganga­n memeriksan sebuah motosikal tidak bernombor depan dan belakang.

Setelah membuat pemeriksaa­n menggunaka­n Mcops berdasarka­n nombor casis, motosikal yang ditunggang tertuduh dilaporkan hilang oleh pengadu.

Tangkapan dan rampasan dibuat, tertuduh dibawa ke balai polis Kinarut untuk tindakan selanjutny­a.

Semasa rayuan tertuduh menyatakan keadaan diri yang tidak sihat, namun Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin meminta hukuman setimpal dikenakan.

Cindy memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman itu bermuala dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia