Utusan Borneo (Sabah)

Empat ibu tunggal gembira dikunjungi pemimpin

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Sinar kegembiraa­n jelas terpancar pada raut wajah empat ibu tunggal dari Kampung Sharif dan Kampung Tabanak, apabila menerima kunjugan Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1, Dr Zarina Shaik Mohamed Daud.

Keempat-empat penerima itu ialah Jismani Majinji, 68, Gunung Saidin, 78, Nafsiah Jainal, 67, dan Intan Mayor, 66.

Pada kunjungan itu, kesemua mereka turut menerima sumbangan berupa mesin pengisar (blender) sebagai tanda keprihatin­an pemimpin ketua Cawangan Umno pada golongan ibu tunggal yang kurang berkemampu­an dan mempunyai tanggungan ramai.

Menurut Gunung Saidin, kunjungan daripada Dr Zarina itu merupakan bantuan pertama yang diterima daripada pihak pemimpin cawangan di Kampung Sharif.

“Terima kasih banyak kepada Dr yang sudi datang kesini kerana ini amat bermakna untuk saya. Ini sumbangan pertama yang saya terima kerana sebelum ini saya tidak pernah terima apa-apa sumbangan sehingga Dr yang dari Tungku datang ke rumah. Walaupun Dr bukan berasal dari sini (Sabah), tapi Dr prihatin dengan kami.

“Saya dan adik (Siti Aisah Saidin) amat bersyukur kerana Dr sudi menjenguk kami,”katanya di sini pada Khamis.

Seorang lagi penerima, Jismani Majinji berkata sumbangan berupa mesin pengisar itu akan digunakan sebaik-baiknya kerana dapat membantuny­a dalam berniaga kecil-kecilan di kampung berkenaan.

“Alhamdulil­lah. Saya rasa sangat gembira sebab ada yang prihatin dengan saya. Walaupun sumbangan blender ini mungkin agak kecil dimata orang lain, tapi saya bersyukur sangat kerana seolah-olah Dr faham saya... Apa yang saya perlukan masa ini. Dengan pemberian ini, saya dapat menggunaka­nnya untuk membuat jus semasa berjualan secara kecil-kecilan di sini (rumah),” katanya.

“Syukur sangat-sangat kerana sebelum ini saya pernah juga menerima sumbangan daripada Masjid setiap kali menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi inilah sumbangan pertama berupa barangan saya terima. Saya berharap agar Dr dan keluarga sentiasa dilindungi Allah dan Allah sahaja yang boleh balas sumbangan Dr pada saya,” kata seorang lagi penerima, Nafsiah.

Sementara itu, Zarina semasa ditemui berkata, usaha ini adalah salah satu tanggungja­wab dalam menyantuni golongan kurang berkemampu­an seperti ibu tunggal, asnaf, warga emas dan yatim dalam kalangan masyarakat akar umbi di daerah ini.

“Kita lakukan ini (berikan bantuan) membawa nama kerajaan dimana ia menunjukka­n keprihatin­an pihak kerajaan, kita peka dengan aduan dan permasalah­an masyarakat dan kita menjaga kebajikan penduduk itu.

“Sudah tentu, ia sejajar dengan perjuangan UMNO dan seruan Perdana Menteri serta Ketua Menteri Sabah untuk membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan, tanpa mengira bangsa, budaya dan faktor jarak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GUNUNG Saidin (dua kiri) dan Siti Aisah Saidin (dua kanan) merakamkan album kenangan bersama Dr Zarina Shaik Mohamed Daud (kanan).
GUNUNG Saidin (dua kiri) dan Siti Aisah Saidin (dua kanan) merakamkan album kenangan bersama Dr Zarina Shaik Mohamed Daud (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia