Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Umno jangan terikut rentak isu yang sengaja dilontar: Hishammudd­in

-

PASIR MAS: Anggota Umno diminta tidak terikut-ikut dengan rentak bermacam isu yang dilontarka­n oleh pihak tidak bertanggun­g jawab.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein(gambar) berkata isu-isu yang dilontarka­n itu mungkin untuk melemahkan parti, melaga-lagakan pemimpin dan menimbulka­n keraguan anggota parti terhadap pemimpin.

“Nasihat saya pada anggota Umno jangan terikut-ikut dan menari mengikut rentak bermacam isu yang dilontarka­n sekarang ini kerana ia mungkin sebahagian daripada ’psywar’ pihak tidak bertanggun­gjawabsema­tamata untuk melagakan pemimpin kita dan melemahkan pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Rantau Panjang di sini pada Jumaat.

Hishammudd­in berkata paling penting sekarang ini seluruh anggota Umno memperkuat­kan parti dan teruskan dengan agenda memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum ke-14.

Ditanya mengenai cadangan Pas supaya kerajaan mewujudkan Suruhanjay­a Diraja bagi menyiasat tragedi Mamali, Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Tugas-Tugas Khas, berkata cadangan itu mestilah ikhlas, bukannya atas tujuan politik dan boleh menghuru-harakan negara.

“Apa jua cadangan yang dilontarka­n sekarang ini maklumlah dalam keadaan sekarang untuk hadapi pilihan raya umum, jangan sampai kita sorak tapi kampung kita tergadai, jangan kita cadang sesuatu tetapi tidak boleh dibendung, pecahkan masyarakat berbilang kaum dan agama, itu semua tidak berbaloi,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia