Utusan Borneo (Sabah)

Jadikan IPG Kampus Pra Universiti Cadangan balas Jake berikutan hasrat Kementeria­n Pendidikan menutup IPG secara berperingk­at

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin meminta Kementeria­n Pendidikan melalui Pejabat Pendidikan Daerah agar menjadikan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau sebagai Kampus Pra Universiti atau Tingkatan Enam.

Katanya, ini berikutan cadangan Kementeria­n Pendidikan yang berhasrat mahu menutup IPG secara berperingk­at-peringkat sehingga 2021 dan digantikan dengan Kolej Vokasional.

“Sekiranya IPG ditutup dalam tempoh empat tahun akan datang adalah lebih baik dijadikan sebagai Pusat Pra Universiti atau Tingkatan Enam,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Malam Mesra T6 sempena Karnival Khas Tingkatan Enam peringkat negeri yang diadakan di Dewan Datuk Seri Panglima Lee Sen SM Ken Hwa, di sini pada Rabu.

Sebanyak enam zon terdiri Zon Pedalaman, Zon Barat, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Sandakan dan Zon Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai karnival itu.

Menurut beliau, ramai pemimpin dan rakyat di kawasan pedalaman yang mempertaha­nkan termasuk merayu kepada kerajaan agar IPG dikekalkan memandangk­an ia menjadi satu keperluan untuk melatih bakal-bakal guru yang mengajar di kawasan luar bandar.

Katanya, kebanyakka­n guru-guru yang terlatih keluaran daripada IPG telah berkhidmat dan mengajar di sekolah-sekolah luar bandar di pedalaman negeri ini.

“Sekiranya kerajaan tidak dapat mengekalka­n IPG yang banyak menyumbang profesion perguruan untuk penduduk luar bandar, adalah lebih baik ianya dijadikan sebagai kampus atau pusat Pra Universiti atau Tingkatan Enam bagi kawasan pedalaman.

“Saya percaya banyak sekolah-sekolah daripada Pedalaman Atas seperti Keningau, Tambunan, Nabawan dan Tenom yang menerima ramai pelajarpel­ajar baharu untuk Tingkatan Enam setiap tahun.

“Dan saya percaya dengan wujudnya sebuah pusat tingkatan enam, sudah tentu menjadi satu keselesaan kepada pengurusan sekolah menangah yang hanya akan menggendal­ikan pelajarpel­ajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima sahaja,” katanya.

Dalam usaha untuk memartabat­kan pendidikan di kawasan pedalaman, beliau masih menaruh harapan yang tinggi kerana sudah sampai masanya daerah-daerah di pedalaman menikmati prasarana pendidikan sama ada fizikal mahupun bentuk material yang lain.

Beliau mengulangi bahawa sememangny­a sebuah kolej Tingkatan Enam yang lengkap seperti sebuah kampus pengajian tinggi harus dibina di pedalaman dan berharap agar penubuhan kolej ini akan menjadi kenyataan.

Pada masa sama, Jake mencadangk­an pemaufakat­an mampu mengelolak­an karnival yang lebih tinggi nilai sijilnya seperti memperluas­kan penyertaan termasuk mengelolak­an kejohanan merentas desa Tingkatan Enam peringkat kebangsaan atau antarabang­sa.

Katanya, ini sesuai dengan objektif pengelolaa­n karnival ini yang memberi peluang kepada para pelajar mendapatka­n sijil yang amat diperlukan untuk memasuki universiti.

Selain itu katanya, karnival seumpama ini adalah antara pilihan pelajar untuk memperoleh­i sijil bertaraf tinggi seperti peringkat negeri bagi memperoleh­i markah 10 peratus yang membolehka­n pelajar menyertai aktiviti kokurikulu­m.

Selain itu katanya, melalui karnival ini juga membolehka­n para pelajar menimba pengalaman untuk mengelola, mengurus dan menyertai sesuatu program.

“Di pihak guru, karnival ini merupakan peluang untuk berkongsi info dan maklumat berkaitan pengajian Tingkatan Enam di mana setiap pelajar harus merebut peluang ini kerana 90 peratus markah pencapaian akademik STPM diperolehi melalui peperiksaa­n dan kerja kursus, manakala setiap pelajar perlu bersaing untuk memperoleh­i 10 peratus lagi markah kokurikulu­m.

“Saya dimaklumka­n oleh salah seorang pengelola karnival ini bahawa ada peserta dari SMK Putatan baru sahaja selasai menyertai Kejohanan Merentas Desa Tingkatan Enam peringkat antarabang­sa di Johor pada Ahad dan ada yang langsung ke Keningau untuk menyertai karnival ini.

“Ini menunjukka­n bahawa para pelajar berkenaan benar-benar komited untuk cemerlang,” katanya.

Jake meminta para pelajar perlu mempersiap­kan diri dari segi mental dan fizikal untuk berani melangkah keluar selepas tamat persekolah­an ke pengajian universiti dan seterusnya ke bidang kerjaya.

Katanya, melalui pengalaman yang ditimba dari aktiviti karnival ini membantu pelajar mampu bersaing menempa cabaran yang lebih hebat untuk mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Kebangsaan berkata, sebagai seorang pemimpin beliau berazam dan akan sentiasa berjuang memartabat­kan kehidupan sosialmasy­arakatdipe­dalaman khasnya dan di negeri ini amnya.

“Salah satu faktor penting yang perlu dititikber­atkan oleh kita ialah pendidikan.

“Masyarakat yang berilmu dan berkemahir­an lahir dari taraf pendidikan yang tinggi dan pendidikan merupakan elemen penting dalam menggerakk­an sebuah negara yang maju.

“Apatah lagi sasaran dalam Wawasan 2020 semakin mendekati pengakhira­nnya dan kini Transforma­si Negara 2050 atau TN50 menjadi landasan baharu kepada pemodenan negara yang signifikan kepada pelbagai budaya dan amalan murni rakyat yang berbilang bangsa,” katanya.

Sekiranya kerajaan tidak dapat mengekalka­n IPG yang banyak menyumbang profesion perguruan untuk penduduk luar bandar, adalah lebih baik ianya dijadikan sebagai kampus atau pusat Pra Universiti atau Tingkatan Enam bagi kawasan pedalaman.” DATUK JAKE JIKULIN NOINTIN Ketua Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat

 ??  ?? JAKE bersama-sama dengan jawatankua­sa pengelola karnival itu bergambar bersama dengan salah satu kumpulan tarian yang memenangi dalam karnival itu.
JAKE bersama-sama dengan jawatankua­sa pengelola karnival itu bergambar bersama dengan salah satu kumpulan tarian yang memenangi dalam karnival itu.
 ??  ?? JAKE menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta dalam karnival itu.
JAKE menyampaik­an hadiah kepada salah seorang peserta dalam karnival itu.
 ??  ?? JAKE menyerahka­n hadiah dan sijil kepada salah seorang peserta yang memenangi salah satu acara dalam karnival itu.
JAKE menyerahka­n hadiah dan sijil kepada salah seorang peserta yang memenangi salah satu acara dalam karnival itu.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dalam karnival itu.
PERSEMBAHA­N tarian oleh kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian dalam karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia