Utusan Borneo (Sabah)

Calon UPSR SK Pekan Dua hadiri Solat Hajat Perdana

-

LABUAN: Calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Sekolah Kebangsaan Pekan Dua (SKPD) Wilayah Persekutua­n Labuan telah menghadiri Solat Hajat Perdana yang diadakan di Musalla An-Nadwah, pada Khamis.

Program yang diadakan dari pukul 6 petang hingga 8.30 malam itu turut dihadiri ibu bapa dan guru-guru.

Menurut Guru Besar SK Pekan Dua, Agku Chuchu Pg Mohd Yassin, program itu bertujuan untuk memberikan kesedaran betapa perlunya memohon kepada Tuhan selain usaha.

Katanya, ianya juga membina budaya berdoa kepadaAlla­h,dapatmenye­lami kekuatan dan kelemahan diri.

“Solat Hajat Perdana itu juga mahu memupuk dan mengeratka­n hubungan antara guru, ibu bapa dan murid,”katanya.

Selain itu Agku Chchu berkata, program itu mahu mendedahka­n pelajar kepada cara memohon bantuan daripada Allah SWT, memupuk rasa cinta kepada ibadah dan meningkatk­an lagi ilmu dalam menjalanka­n Solat Hajat.

Selepas menunaikan solat Maghrib, murid, ibu bapa dan guru menunaikan Solat Hajat, membaca Yassin, mendengar tazkirah yang disampaika­n oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam SKPD, Ustaz Aska Achbar serta Solat Isya’.

Agku Chuchu berkata, Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk calon UPSR adalah salah satu program yang dirancang untuk memohon kepada Allah SWT bagi membantu murid Tahun 6 menghadapi peperiksaa­n itu dengan lebih tenang dan yakin.

Katanya, pihak sekolah telah mengadakan Solat Hajat untuk calon UPSR sejak dari bulan Fabruari sehingga sekarang pada setiap hujung bulan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid perempuan, ibubapa dan guru-guru yang hadir.
SEBAHAGIAN murid perempuan, ibubapa dan guru-guru yang hadir.
 ??  ?? TAZKIRAH ringkas disampaika­n oleh Ustaz Aska Achbar, Ketua Panitia Pendidikan Islam.
TAZKIRAH ringkas disampaika­n oleh Ustaz Aska Achbar, Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia