Utusan Borneo (Sabah)

Nasihat SPRM agar pilih calon bersih wajar: Annuar Musa

-

MERSING:KetuaPener­angan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata nasihat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar parti politik memilih calon bersih untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang wajar dipatuhi semua parti terutamany­a pembangkan­g.

Ini kerana kata beliau, parti DAP dan PKR khususnya, pernah meletakkan pemimpin mereka yang didapati bersalah dan dipenjarak­an sebagai calon pilihan raya.

Apa yang diamalkan pembangkan­g ini tidak diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Annuar kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Mersing di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Umno Bahagian Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh, berkata UmnodanBNa­matmemaham­i perlembaga­an parti dan ciriciri calon yang layak untuk ditampilka­n pada PRU.

“Dalam Umno, tinggi manapun (jawatan) seseorang pemimpin itu… tetapi kalau sudah didakwa dan dikenakan tindakan disiplin parti, maka, parti tidak akan mencalonka­n mereka.

“Jadi, soal memilih calon bersih ini perlu ditujukan kepada pembangkan­g. Kita hendak tengok adakah mereka masih menjunjung pemimpin yang dihukum penjara,” katanya.

Baru-baru ini Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan memberi ingatan kepada parti-parti politik supaya tidak mengabaika­n amaran beliau dengan memilih mereka yang ada isu rasuah sebagai calon PRU ke-14.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia