Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Latiff tegaskan tidak bertanding PRU-14

-

MERSING: Ketua Umno Bahagian Mersing Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menegaskan beliau tidak akan bertanding bagi mempertaha­nkan kerusi Parlimen Mersing yang disandangn­ya sejak 1999 pada pilihan raya umum ke-14.

Dr Abdul Latiff berkata pendirian itu sudah diulangi beliau sejak Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Mersing pada 2014.

“Saya membuat keputusan ini bagi memberi laluan kepada orang baharu untuk menyambung tanggungja­wab yang saya galas sejak lima penggal sebagai anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (Adun).

“Kalau selama ini mereka memberikan sokongan kepada saya selaku ketua Umno Bahagian dan anggota parlimen, maka, sudah tiba masanya mereka memberikan sokongan kepada calon baharu pula,” katanya.

Abdul Latiff, 59, yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Mersing di sini pada Jumaat.

Beliau juga memberi jaminan calon yang akan menggantik­annya adalah daripada kalangan yang banyak berjasa kepada parti serta disenangi rakyat.

“Calon itu tidak semestinya popular dalam Umno sebaliknya popular dalam kalangan masyarakat demi kemenangan Barisan Nasional,” katanya.

Abdul Latiff berkhidmat sebagai Adun Endau bagi tempoh 1995-1999 dan kemudian selaku Anggota Parlimen Mersing sejak 1999 hingga kini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia