Utusan Borneo (Sabah)

Kepelbagai­an kaum simbol keutuhan Malaysia selepas 60 tahun

-

KUALA LUMPUR: Latar belakang rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama merupakan antara simbol utama keutuhan negara selama 60 tahun mencapai kemerdekaa­n, kata Tan Sri Dr K. Kenneth Eswaran.

Menurut Presiden Gabungan Dewan Perniagaan & Perindustr­ian India Malaysia (MAICCI) itu, kepelbagai­an itu perlu diraikan dan dibanggaka­n kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang memiliki keunikan sedemikian dan masih terus bertahan sehingga hari ini.

“Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau telah memperkena­lkan konsep 1Malaysia. Mengapa? Kerana itulah kekuatan kita sebagai rakyat Malaysia. Kita adalah rakyat Malaysia biarpun berlainan agama dan bangsa.

“Kita juga mahu perkara ini dipupuk dalam kalangan kanakkanak sekolah rendah agar mereka dapat memahami dan menghayati akan kepentinga­n memelihara keamanan serta kemakmuran negara, selain menjiwai semangat kemerdekaa­n,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran sambutan bulan kemerdekaa­n di Sekolah Kebangsaan (SK) Segambut di sini pada Jumaat.

Kenneth turut memaklumka­n bahawa SK Segambut yang tahun ini berusia 104 tahun, dipilih sebagai lokasi sambutan bulan kemerdekaa­n oleh MAICCI kerana ia merupakan sekolah yang dihadiri oleh murid-murid dalam kalangan kumpulan B40.

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah yang berpendapa­tan purata bulanan di bawah RM3,860.00 dan isi rumah miskin yang berpendapa­tan bulanan kurang daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK) nasional iaitu RM950.00 sebulan.

Terdahulu pada majlis itu, muridmurid sekolah berkenaan, yang hadir dengan mengenakan pakaian bertemakan bendera kebangsaan dengan pelbagai rekaan, diberikan sumbangan Jalur Gemilang oleh Kenneth.

Semangat kemerdekaa­n jelas kelihatan pada wajah setiap anak-anak itu dengan keterujaan mereka menyanyika­n bait-bait lagu berkaitan kemerdekaa­n termasuk ‘Tanggal 31’ dan ‘Jalur Gemilang’, sambil mengibarka­n bendera kebangsaan.

Sementara itu Guru Besar SK Segambut, Teo Mei Choo pada sidang akhbar itu berkata pakaian bertemakan Jalur Gemilang yang pertama kali dianjurkan itu adalah hasil sumbangan dan idea kreatif pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa murid-murid.

Beliau memaklumka­n bahawa guru-guru di sekolah berkenaan turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut bulan kemerdekaa­n dengan menjahit 60 bendera kebangsaan bagi menghasilk­an Jalur Gemilang gergasi.

Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dengan tema ‘Negaraku Sehati Sejiwa’. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? KENNETH (tengah) bersama guru dan murid-murid sekolah menyanyika­n lagu patriotik bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaa­n peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Segambut, pada Jumaat.
GambarBern­ama KENNETH (tengah) bersama guru dan murid-murid sekolah menyanyika­n lagu patriotik bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaa­n peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Segambut, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia