Utusan Borneo (Sabah)

Ambil tindakan tegas: Mahdzir

Arahan kepada Jabatan Pendidikan berhubung kes pelajar pukul guru

-

PADANG TERAP:Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu jabatan pendidikan daerah dan sekolah yang terlibat dalam insiden pelajar memukul guru dengan kerusi pada Jumaat lalu mengambil tindakan tegas agar perkara tersebut tidak berulang.

Katanya perbuatan itu tidak seharusnya berlaku di sebuah sekolah.

“Saya masih belum dapat laporan penuh berkaitan kes terbabit, jadi belum tahu keadaan sebenar yang menyebabka­n perkara itu terjadi. Tetapi kalau mengikut peraturan sekolah, pelajar terbabit tetap bersalah kerana memukul guru,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau ditemui selepas selepas perasmian Persidanga­n Perwakilan Umno Bahagian Padang Terap yang disempurna­kan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Umno Kedah.

Mengulas lanjut, Mahdzir berpandang­an terdapat banyak faktor yang menyebabka­n seseorang bertindak di luar kawalan termasuk pengaruh teknologi maklumat dan persekitar­an.

“Pengaruh-pengaruh ini berbahaya terutamany­a dalam kalangan pelajar sekolah kerana ia boleh menyumbang kepada berlakunya kes-kes yang tidak diingini seperti kes murid pukul guru ini,” katanya.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, seorang guru wanita mengalami keretakan jari tangan selepas dipukul dengan kerusi oleh seorang pelajar tingkatan dua.

Pelajar tersebut dikatakan tidak puas hati selepas ditegur oleh guru berkenaan kerana menggunaka­n katakata kasar di dalam kelas.Bernama

Saya masih belum dapat laporan penuh berkaitan kes terbabit, jadi belum tahu keadaan sebenar yang menyebabka­n perkara itu terjadi. Tetapi kalau mengikut peraturan sekolah, pelajar terbabit tetap bersalah kerana memukul guru, DATUK SERI MAHDZIR KHALID Menteri Pendidikan

 ?? -Gambar Bernama ?? PANGLIMA Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berucap pada sesi dialog Program Tranformas­i Nasional 2050 (TN50) peringkat markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Angkasaray­a Pangkalan Udara Sungai Besi pada Jumaat.
-Gambar Bernama PANGLIMA Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berucap pada sesi dialog Program Tranformas­i Nasional 2050 (TN50) peringkat markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Dewan Angkasaray­a Pangkalan Udara Sungai Besi pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia