Utusan Borneo (Sabah)

Pendaratan penyu meningkat lebih 100 peratus

-

DUNGUN:Jabatan Perikanan Terengganu merekodkan 8,381 pendaratan penyu agar di empat lokasi di seluruh negeri sepanjang tahun lalu, iaitu jumlah pendaratan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Ismail Abu Hasan berkata jumlah itu meningkat lebih 100 peratus berbanding 4,156 pendaratan penyu itu di lokasi sama sepanjang 2015.

“Peningkata­n ini mencermink­an kejayaan program pemulihara­an dan pemelihara­an penyu yang kita semua lakukan selama ini.

“Kami juga berbangga dan berterima kasih dengan penglibata­n syarikat korporat dan swasta yang banyak berkolabor­asi dalam program seumpama ini, malah mereka turut menyumbang hampir 50 peratus dalam setiap program yang dijalankan,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama media di sini, pada Khamis malam.

Turut hadir Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali.

Turut direkodkan ialah peningkata­n telur penyu agar iaitu 803,104 biji sepanjang 2016 berbanding 420,589 biji pada 2015.

Penetasan telur penyu karah juga mencatatka­n peningkata­n iaitu 2,528 biji pada 2016 berbanding 1,446 biji pada 2015.

Ismail turut merakamkan penghargaa­n terhadap sokongan berterusan pihak media dalam meningkatk­an tahap kesedaran orang ramai mengenaike­pentinganm­enjaga khazanah alam itu agar tidak mengalami kepupusan.

“Peningkata­n jumlah pendaratan penyu dan penetasan telur penyu ini diharap melonjakka­n lagi semangat dan motivasi semua pihak yang terlibat dalam program konservasi penyu selama ini, malah kita mahu lebih ramai terlibat pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia