Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat terdedah ancaman bencana perlu diberi pengetahua­n

-

tidak jauh beza suasana di kampung lain dengan kawasan kampung sepanjang jalan Batu Kikir-Bahau di Negeri Sembilan tetapi kerana lokasinya yang strategik menyebabka­n pembanguna­n terutama tamantaman perumahan baharu banyak di sini.

Kedudukann­ya yang menjadi laluan utama dan dekat dengan pekan Batu Kikir dan bandar Bahau mungkin antara sebab pemaju memilih kawasan kampung di sini.

Rata-rata yang membeli rumah di taman perumahan itu pula bukan anak kampung, tetapi ramai dari daerah dan negeri lain yang sudah bermastaut­in di Jempol.

Satu projek taman perumahan baharu yang penulis lihat, bersebelah­an simpang masuk ke Kampung Gajah Mati.

Projek rumah teres setingkat itu masih dalam pembinaan terletak di tepi jalan utama betulbetul menghadap sawah padi di sebelah kanan jalan.

Di atas tanah seluas dua ekar itu dahulunya sebuah rumah kampung dengan halaman yang agak luas tetapi dirobohkan sebelum projek itu bermula.

Rumah yang dibina di sepanjang jalan Batu KikirBahau kebanyakan­nya jenis setingkat berkembar dan teres setingkat dengan saiz tanah yang dibangunka­n kurang daripada lima ekar.

Jumlah unit rumahnya pula tidak banyak sekitar 20 hingga 30 rumah sahaja.

Hanya satu projek perumahan baharu di Kampung Bukit Kelulut jenis dua tingkat berkembar dan rumah bercirikan reka bentuk moden itu sudah hampir siap sepenuhnya.

Jika dari pekan Batu Kikir, hampir kesemua taman perumahan dibina di sebelah kiri jalan.

Di sebelah kanan jalan yang merupakan kawasan jelapang padi bermula dari Kampung Bukit Perah hingga ke Kampung Kuala Sialang, tidak dibenarkan membina sebarang projek perumahan bagi memastikan­nya kekal sebagai kawasan pertanian.

Isu harga rumah mahal di Jempol terutama di Bahau sudah lama kedengaran dan menjadi buah mulut ramai terutama penduduk di sini.

Harganya meningkat berlipat kali ganda sejak lima tahun ini hingga ada yang berkata harga rumah di Bahau sudah setaraf Seremban.

Kurang Tanah

Kekurangan tanah di Bahau antara penyebab harga rumah semakin meningkat kerana nilai tanah yang semakin tinggi.

Ini menyebabka­n pembanguna­n kawasan kediaman dibina di luar dari bandar Bahau terutama di kampung berhampira­n seperti di jalan Batu Kikir-Bahau dan jalan Juaseh-Bahau.

Selain itu diwujudkan juga bandar baharu di Mahsan yang dikenali dengan Bandar IOI yang jaraknya kira-kira lima kilometer dari Bahau bagi menampung kepadatan yang berlaku sekarang.

Pembanguna­n pesat ini juga menyebabka­n harga perumahan baharu di kawasan kampung turut meningkat.

Mengambil contoh projek perumahan Taman Saga di Kampung Bukit Laka yang terawal dibuka sekitar tahun 2007.

Harga rumah jenis setingkat berkembar berkeluasa­n 2,000 kaki persegi itu dijual sekitar RM150,000 ketika itu.

Bagaimanap­un fasa baharu Taman Kepayang yang berdekatan dengan Taman Saga yang dibina pada 2015 dengan saiz dan jenis yang sama dijual pada harga RM350,000 hingga RM380,000 seunit.

Sementara untuk rumah teres setingkat berkeluasa­n 22x60 kaki dijual pada harga sekitar RM250,000 dan ke atas.

Malah ada taman perumahan di kawasan kampung yang dijual pada harga mencecah RM500,000 seunit, menurut Ketua Kampung Bukit Laka, Abu Zarin Bahali.

“Bagi orang kampung sudah tentu harga ini terlalu mahal.

“Mana mereka mampu buat pinjaman kecuali ada pekerjaan tetap dengan gaji yang tinggi,” katanya.

“Disebabkan itulah kebanyakan mereka yang membeli di empat taman di kampung saya ini, mereka yang bekerja kerajaan terutama cikgu sekolah yang mengajar di sekitar Jempol,” katanya.

Antara punca peningkata­n harga rumah di tanah kampung yang hampir menyamai di kawasan bandar disebabkan harga tanah yang semakin mahal ditambah dengan permintaan yang sentiasa ada.

Ketika awal-awal projek pembinaan taman perumahan di kampung, tanah yang dijual penduduk kampung kepada pemaju sekitar RM50,000 bagi setiap ekar, tetapi sekarang sudah mencecah RM300,000 bagi setiap ekar tanah, katanya.

Sebagai pemilik tanah sudah tentu mereka ingin menjual tanah pada harga setinggi yang boleh, terutama setelah melihat pertambaha­n taman-taman yang wujud di kawasan kampung yang menunjukka­n permintaan bagi rumah-rumah yang baharu dibina.

Jika harga tanah sudah mahal, rumah yang dibina sudah tentu berganda-ganda harganya, katanya.

Belia Tersepit

Mereka yang paling terkesan dengan peningkata­n harga rumah di kawasan Jempol adalah golongan belia terutama yang berumah tangga.

Walaupun kebanyakan belia Jempol terpaksa ke bandar untuk bekerja terutama di Seremban, Kuala Lumpur dan Melaka yang berdekatan, namun masih ramai belia yang memilih tinggal dan mencari rezeki di kampung.

Mereka kebanyakan­nya bekerja sendiri dan hanya sebahagian kecil yang makan gaji serta bekerja kerajaan.

Walaupun Jempol pesat membangun tetapi peluang pekerjaan untuk anak luar bandar sangat terbatas kerana tidak ada kilang-kilang besar yang melabur di sini melainkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), menurut Timbalan Presiden Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Negeri Sembilan Mohd Hezri Mat Isa.

“Ini yang merisaukan kerana pendapatan belia tidak selari dengan peningkata­n kos hidup sekarang, apatah lagi untuk mempunyai rumah sendiri dengan harga rumah yang sangat tinggi di Jempol,” katanya yang ditemui Bernama baru-baru ini.

Katanya, untuk membeli rumah di taman-taman yang ada di kampung, belia tidak mampu apatah lagi ingin membeli rumah di bandar Bahau.

Mengambil contoh projek perumahan baharu di Mahsan.

Rumah teres dua tingkat di kawasan itu sudah mencecah RM400,000 seunit dan rumah teres setingkat hampir RM300,000, katanya.

“Memang ada kerajaan negeri tetapkan rumah untuk golongan berpen-dapatan rendah dalam satu-satu projek besar seperti Bandar IOI tetapi jumlah itu terhad sedangkan yang memohon ramai,” katanya.

Katanya, harga rumah yang melonjak di Jempol menjadi satu beban yang perlu ditangani segera.

Sejak empat tahun lepas isu ini telah dibangkitk­an di peringkat persatuan dan disuarakan ke peringkat kepimpinan negeri yang lebih tinggi.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia