Utusan Borneo (Sabah)

Loh Kok Cheang, rasa nikmat berkhidmat sebagai guru

Separuh usianya dihabiskan di Sabah

-

KIRA-KIRA 37 tahun lalu, seorang pemuda dari Pulau Pinang ditugaskan sebagai guru di sebuah sekolah di Ranau Sabah. Pada mulanya, beliau yang ketika itu berusia 22 tahun, baru saja lulus dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Biologi dan Kimia. Setibanya di Ranau, beliau mengalami kejutan budaya kerana keadaan yang jauh berbeza dari tempat asalnya di George Town,yang pada masa itu sudah dianggap moden. Di tempat barunya, beliau terpaksa melalui pelbagai cabaran yang getir. “Kalau bertolak jam 8.00 pagi dari Kota Kinabalu, jam 1.00 atau jam 2.00 petang, barulah boleh sampai di Ranau,” katanya. Setiap jam jalan ke Ranau ditutup selama 50 minit kerana masih dalam pembinaan. Pengguna jalanraya hanya dibenarkan melalui jalan itu dalam tempoh 10 minit sebelum ditutup semula untuk menunggu lima puluh minit berikutnya. Namun ia tidak mematahkan semangat Loh Kok Cheang, kini Pengetua Cemerlang SMK Tebobon. Bermula sebagai guru sains di SMK Mat Salleh Ranau, beliau kemudian dilantik sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Keningau. Selepas itu, beliau menjadi pengetua di SM Ken Hwa Keningau, SM Teknik Kudat, SMK Majakir Papar dan SMK Tebobon sejak 2009. Beliau juga pernah dilantik sebagai Nazir Sekolah di Kementeria­n Pendidikan dan pernah juga bertugas sebagai konsultan perisian bagi Sekolah Bestari. Lebih separuh usianya digunakan untuk mengabdi kepada masyarakat kerana cintanya yang mendalam dalam bidang pendidikan. Walaupun cita-cita asalnya menjadi pilot atau pengkaji cuaca, namun akhirnya memilih untuk menjadi guru.“Saya tidak pernah menyesal malah merasa nikmat untuk berkhidmat sebagai guru” katanya. Wartawan UTUSAN BORNEO, ABD.NADDIN HAJI SHAIDDIN berpeluang menemubual LOH KOK CHEANG atau KC LOH mengenai serba sedikit pengalaman­nya dalam bidang pendidikan. Ikuti petikan temubual bersama pengetua cemerlang Loh Kok Cheang yang diadakan di pejabatnya pada satu pagi yang bersinar di SMK Tebobon.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia