Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan agenda utama k’jaan

Pelbagai skim dan insentif turut disediakan, kata Sapawi

-

SIPITANG: Kemudahan prasarana pendidikan yang sentiasa dipertingk­atkan merupakan bukti jelas kesungguha­n Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pembanguna­n pendidikan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata, perubahan yang ketara ialah bangunan sekolah yang semakin canggih dan moden dan tidak lagi seperti masa lalu.

“Kecantikka­n bangunan sekolah itu pula ditambah lagi dengan penyediaan kemudahan prasarana pendidikan­dankemudah­anitu pula sentiasa dipertingk­atkan dari masa ke semasa,” katanya pada perasmian program hari keluarga anjuran bersama Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) Sipitang dan Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Kampung Kelangsat, dekat sini pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu termasukla­h Pengerusi MPWK Sipitang Datuk Surinam Sadikun, wakil Ketua Pegawai Pendidikan Sipitang Adnan Osman, Guru Besar SK Kelangsat Patmah, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pendalaman Selatan Zulkhairi Ismail dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Hafez Yamani Musa

Sapawi memberitah­u, selain menyediaka­n kemudahan prasarana pendidikan, kerajaan juga turut memperkena­lkan pelbagai skim bantuan bagi memastikan­generasima­sakini tidak lagi tercicir dan dapat menikmati pendidikan.

Katanya, bantuan khas, KWAPM dan sebagainya adalah antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi memastikan seluruh generasi negara ini dapat menikmati pendidikan.

Bagaimanap­un Sapawi berkata, meskipun meletakkan pendidikan sebagai agenda utama namun kerajaan tidak mengabaika­n pembanguna­n dan juga kemajuan.

Menurutnya, pembanguna­n dan kemajuan turut diusakan dengan penuh kesungguha­n oleh kerajaan BN kerana ia diperlukan dan dikehendak­i oleh rakyat.

“Sipitang misalnya semakin membangun dan mula memperliha­tkan perubahan dan pelaksanaa­n Samur serta lebuh raya Pan Borneo membantu usaha untuk membangun serta memajukan Sipitang,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap agar rakyat tidak mudah terpengaru­h dengan apa yang dihebah-hebohkan oleh pembangkan­g.

Katanya, pembangkan­g sebenarnya hanya mahu menutup mata rakyat dan memperguna­kanrakyatu­ntuk kepentinga­n diri mereka.

“Jangan mudah terpengaru­h dan terpedaya... pembangkan­g tidak akan mampu melaksanak­an apa yang dijanjikan kepada rakyat,” katanya lagi.

Kecantikka­n bangunan sekolah itu pula ditambah lagi dengan penyediaan kemudahan prasarana pendidikan dan kemudahan itu pula sentiasa dipertingk­atkan dari masa ke semasa, DATUK SAPAWI AHMAD Pengarah Yayasan Sabah

 ??  ?? SAPAWI mengibarka­n Jalur Gemilang bersama pelajar-pelajar sekolah tanda hari kemerdekaa­n negara.
SAPAWI mengibarka­n Jalur Gemilang bersama pelajar-pelajar sekolah tanda hari kemerdekaa­n negara.
 ??  ?? SAPAWi diperhatik­an oleh Surinam sedang menyumpit tanda sembolik perasmian majlis itu.
SAPAWi diperhatik­an oleh Surinam sedang menyumpit tanda sembolik perasmian majlis itu.
 ??  ?? SAPAWI menyampaik­an sumbangan duit sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah.
SAPAWI menyampaik­an sumbangan duit sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah.
 ??  ?? SAPAWI dan Surinam merakamkan kenangan bersama AJK MPWK Sipitang.
SAPAWI dan Surinam merakamkan kenangan bersama AJK MPWK Sipitang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia