Utusan Borneo (Sabah)

NLP bantu pelajar SK Likas hadapi UPSR

-

KOTA KINABALU: Program Neuro Linguistic Programmin­g (NLP) yang dikendalik­an kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Likas mampu menjadi persediaan kepada pelajar tahun enam sekolah berkenaan menghadapi peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan datang.

Menurut Timbalan Pendaftar Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW) UMS, Masri Judah, program itu merupakan inisiatif beliau dan 10 lagi kakitangan untuk membantu persediaan murid sekolah berkenaan melalui siri perkongsia­n ilmu dan motivasi diri.

“Program NLP ini bertujuan memberi keyakinan dan mencungkil bakat serta kemampuan diri yang tidak diketahui oleh para peserta.

“Disampingi­tu,pesertatur­ut diberi pendedahan tentang kaedah menjadi seorang pelajar cemerlang, serta berkongsi panduan persediaan mental dan fizikal dalam menghadapi peperiksaa­n UPSR dan menjadi pelajar cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Likas Mohd Jamie Mosliem berkata, program seumpama itu diharap mampu memberi kesan dan perangsang kepada semua pelajar yang terlibat.

“Diharapkan program seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang kerana perkongsia­n berkaitan pengajaran dan teknik pelajar cemerlang sangat penting serta bermanfaat kepada pembanguna­n akademik dan sahsiah pelajar,” katanya.

Pelajar tahun enam SK Likas, Muhammad Esyam Gamra turut bersetuju agar program itu diteruskan dan dipanjangk­an kepada pelajar sekolah lain.

“Hasil penyertaan program ini, saya mendapat pendedahan mengenai kaedah belajar sifir cara mudah dan teknik belajar untuk memperoleh 6A dalam UPSR, dan ini menaikkan semangat serta keyakinan saya untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaa­n akan datang,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN kakitangan UMS bersama peserta terdiri daripada pelajar tahun enam SK Likas.
KUMPULAN kakitangan UMS bersama peserta terdiri daripada pelajar tahun enam SK Likas.
 ??  ?? SITI Nur Hawa, pelajar tahun enam SK Likas.
SITI Nur Hawa, pelajar tahun enam SK Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia