Utusan Borneo (Sabah)

Berkongsi maklumat demi kebaikan

Masyarakat terdedah ancaman bencana perlu diberi pengetahua­n

- Oleh JAINUDIN NASIR

MASYARAKAT akar umbi khususnya di kawasan yang berisiko tinggi dilanda bencana gempa bumi, tanah runtuh dan banjir lumpur perlu diberi pengetahua­n tentang tindakan keperluan, sebelum, semasa dan selepas gempa.

Selain itu, masyarakat umum juga perlu diberi pendedahan tentang keunikan dan ciri-ciri bahan serta hasil proses geologi lampau (warisan geologi) yang harus dipulihara serta dikekalkan untuk tujuan geologi pelanconga­n.

Mereka perlu diberi penerangan kepentinga­n maklumbala­s masyarakat awam sebelum, semasa dan selepas kejadian bencana geologi serta maklumat warisan geologi.

Menyedari keperluan itu mendorong Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia, dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah menganjurk­an Program Kesedaran Awam Bencana Geologi.

Program diadakan di Dewan Masyarakat Ranau di mana semua Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu, DUN N.29 Kundasang, DUN Karanaan dan DUN Paginatan sebagai sasaran peserta.

Program itu difikirkan perlu dijalankan di beberapa buah daerah di Sabah seperti Ranau, Kota Belud dan Tawau yang terjejas dengan kejadian gempa bumi pada 5 Jun 2015 yang turut mengorbank­an 18 orang pendaki Gunung Kinabalu termasuk empat orang malim gunung.

Semasa program itu dijalankan di Kundasang pada 15 Ogos, lebih 100 orang JKKK hadir di mana, telah dirasmikan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan yang juga Adun Kundasang Datuk Dr.Joachim Gunsalam.

Pada masa sama, program juga turut dianjurkan di DUN Karanaan, di mana seramai 150 peserta hadir manakala di DUN Paginatan pula dihadiri lebih 100 orang telah dirasmikan oleh James Ingguru Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, mewakili Datuk Siringan Gubat.

James dalam ucapannya, memuji dan berterima kasih kepada JMG Sabah kerana berinisiat­if menganjurk­an program Kesedaran Awam Bencana Geologi, terutama sekali kepada penduduk RanauKunda­sang yang terjejas dengan bencana alam berikutan gempa bumi yang berlaku dua tahun lepas.

“Saya mengharapk­an kepada semua Pengerusi JKKK yang menyertai program ini, supaya menyibarka­n ilmu pengetahua­n, pengalaman dan maklumat yang diperoleh kepada penduduk apabila balik ke tempat masing-masing,” jelasnya.

Katanya, Pengerusi JKKK adalah sebagai agen, mata dan telinga kerajaan untuk menyampaik­an maklumat berhubung dasar-dasar kerajaan demi kepentinga­n rakyat.

“Maklumat yang diperolehi harus dikongsi bersama penduduk yang tidak berkesempa­tan hadir terutama persediaan sebelum, semasa dan selepas gempa bumi berlaku bagi mengurangk­an risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda,” jelas James.

Semasa program itu, para peserta telah mengikuti tiga ceramah utama iaitu berhubung ‘gempa bumi’, disampaika­n Ketua Pegawai Geosains JMG Malaysia, Sabah, Dr.Francis Taling.

Diikuti ceramah kedua berhubung ‘tanah runtuh dan banjir lumpur’ disampaika­n Ketua Pegawai Unit Geosains JMG Malaysia, Sabah Dr. Haji Ferdaus Ahmad dan ceramah berkaitan Geowarisan oleh Ketua Unit Geosains JMG Malaysia, Sabah Paulius Godwin.

Turut berucap ialah Timbalan Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Sabah Jontih Enggihon.

Hadir sama ialah Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) bersama para Unit PPM N.31 Paginatan.

“Maklumat

yang diperolehi harus dikongsi bersama penduduk yang tidak berkesempa­tan hadir terutama persediaan sebelum, semasa dan selepas gempa bumi berlaku bagi mengurangk­an risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, JAMES INGGURU

 ??  ?? Para peserta sempat merakam gambar bersama para tetamu jemputan.
Para peserta sempat merakam gambar bersama para tetamu jemputan.
 ??  ??
 ??  ?? JENTIH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada James.
JENTIH (kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada James.
 ??  ?? (Gambar atas) TETAMU jemputan yang hadir. (Gambar kanan) BARISAN penceramah merakam gambar bersama Jenith (tiga kiri).
(Gambar atas) TETAMU jemputan yang hadir. (Gambar kanan) BARISAN penceramah merakam gambar bersama Jenith (tiga kiri).
 ??  ?? ANTARA Pengerusi JKKK yang hadir.
ANTARA Pengerusi JKKK yang hadir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia