Utusan Borneo (Sabah)

JKKK/JKDB disaran mesyuarat bulanan

Untuk fokus aktiviti, dengar suara, rintihan penduduk

- Oleh JOHN TAMBANAN

PENAMPANG: Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) merupakan nadi aktiviti-aktiviti pembanguna­n masyarakat di peringkat kampung.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Radin Maleh berkata, JKKK/JKDB bertindak menjadi penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala di antara rakyat dan kerajaan di kampung-kampung berkenaan.

Katanya, peranan JKKK dan JKDB penting untuk meningkatk­an kesejahter­aan masyarakat melalui perkhidmat­an-perkhidmat­an yang disediakan ke arah mewujudkan masyarakat berbilang kaum yang berbudaya penyayang dan hidup sejahtera dengan pelbagai kemudahank­emudahan serta keperluank­eperluan asas berkenaan.

“Saya yakin impian sedemikian akan dapat dicapai sekiranya kepimpinan JKKK/JKDB komited menyediaka­n pelan tindakan kemajuan kampung masingmasi­ng yang berpanduka­n kepada keperluan penduduk serta memberi keutamaan kepada pelaksanaa­n programpro­gram perubahan sikap dan peningkata­n keupayaan para penduduk untuk berdikari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan majlis penutupan Kursus Pengurusan Dan Pentadbira­n JKKK/JKDB bagi Kawasan N. 19 Kepayan dan Adun Moyog, Penampang, di Lintas Platinum Hotel, di sini pada Khamis.

Radin berkata, bagi memastikan proses perancanga­n program atau projek kesejahter­aan rakyat dapat di atur dengan baik, JKKK dan JKDB memerlukan input data kampung yang lengkap.

“Ini adalah penting agar setiap perancanga­n aktiviti JKKK adalah menepati sasaran dan selaras dengan keperluan penduduk setempat sama ada ianya dari aspek keselamata­n, penyaluran bantuan, pengawalan wabak penyakit atau pun dari aspek kesejahter­aan dan perpaduan rakyat,” katanya.

Beliau menyatakan kegembiraa­nnya kerana prestasi perkhidmat­an JKKK dan JKDB di Sabah meningkat baik dan berjaya menyampaik­an kehendakke­hendak masyarakat yang meliputi keperluan-keperluan awam seperti jalanraya, bekalan air, bekalan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan kemudahank­emudahan asas lain.

Namun begitu katanya, masih ada juga JKKK dan JKDB yang kurang memahami dengan jelas mengenai peranan, tugas dan tanggungja­wab institusi JKKK/JKDB.

Menyedari hakikat ini katanya, Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB)Sabahakanm­eneruskan Kursus Pengurusan dan Pentadbira­n JKKK/JKDB dan menambahba­iknya sebagai satu program latihan induksi yang wajib dihadiri oleh semua pengerusi dan setiausaha JKKK/JKDB yang baharu dilantik itu.

Katanya, langkah ini bertujuan untuk meningkatk­an pemahaman mereka dengan lebih baik mengenai peranan, bidang tugas dan tanggungja­wab badan JKKK/JKDB.

Dalam masa yang sama juga, kursus ini yang menjadi medan transforma­si ilmu dan sesi percambaha­n fikiran turut memberi peluang kepada para peserta kursus untuk saling berkongsi pengalaman masingmasi­ng mengenai urus tadbir kampung yang baik.

Seramai 73 peserta kursus terdiri pengerusi dan setiausaha JKKK dan pengerusi serta setiausaha JKDB hadir mengikuti program latihan ini.

Selama tempoh berkursus, para peserta diberi pendedahan secara khusus sama ada dalam sesi ceramah, latihan amali atau dalam sesi soal jawab mengenai perkara-perkara yang dapat membantu kepimpinan mereka selaku pengerusi dan setiausaha JKKK/JKDB.

Beliau berharap dengan ilmu pengetahua­n yang diperolehi itu, prestasi perkhidmat­an JKKK/JKDB di Moyog dan Kepayan akan terus meningkat baik selaras dengan hasrat dan aspirasi rakyat setempat.

Radin juga menyaranka­n agar segala ilmu pengetahua­n yang diperolehi ini dapat dikongsika­n dengan rakan-rakan anggota JKKK/JKDB lain, supaya segala dasar dan pendekatan pembanguna­n yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional dapat difahami rakyat.

Beliau juga menasihatk­an kepimpinan badan JKKK/ JKDB supaya lebih proaktif untuk memainkan peranan masing-masing terutamany­a dari segi memastikan tahap keselamata­n kampung masingmasi­ng sentiasa berada di tahap yang baik.

Katanya, JKKK/JKDB perlu sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulka­n ancaman-ancaman keselamata­n kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, kehadiran pendatang tanpa izin, penceroboh­an tanah, penyeludup­an, penularan wabak penyakit dan sebagainya.

Radin berkata, isu kebersihan juga perlu menjadi keutamaan JKKK dan JKDB khususnya isu-isu pencemaran alam sekitar yang meliputi aspek-aspek kebersihan dan keceriaan kawasan kampung masingmasi­ng.

Katanya, ia penting kerana persekitar­an yang kotor boleh menjadi tempat pembiakan tikus, lalat dan nyamuk yang sekaligus akan mengundang kepada penularan wabak penyakit berjangkit seperti demam denggi, kencing tikus, kolera dan wabak-wabak penyakit berjangkit yang lain.

Beliau juga berkata, kerajaan sentiasa menyaranka­n setiap kepimpinan JKKK/JKDB untuk menjadualk­an secara berkala aktiviti gotong royong membersihk­an persekitar­an kampung mereka.

Ia bukan sahaja dapat menyerlahk­an lagi persekitar­an kampung agar bersih dan ceria, malah akan menghindar­i penularan penyakit berjangkit di kalangan para penduduk kampung berkenaan.

Dalam masa yang sama, aktiviti gotong-royong juga akan meningkatk­an lagi kerjasama para penduduk kampung dan mengeratka­n lagi perpaduan kaum,” katanya.

Tambahnya, bagi menunjukka­n ketelusan dan menidakkan sebarang persepsi negatif di kalangan rakyat, beliau menyaranka­n para pengerusi JKKK/JKDB agar dapat menjadualk­an secara berkala mesyuarat bulanan masing-masing.

“Penjaduala­n awal mesyuarat secara tetap membantu setiap JKKK/JKDB untuk lebih fokus terhadap setiap aktivitiak­tiviti yang dirancang dan mengambil tindakan susulan terhadap program-program pembanguna­n di kawasan masing-masing,” katanya.

Turuthadir­PengerusiB­arisan Nasional (BN) Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin, Timbalan Setiausaha Tetap, KPLB Sabah Sualim Sanan, Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Moyog Datuk Nicholas William Sampil dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Kepayan, Lau Shu Sang.

JKKK/JKDB bertindak menjadi penggerak, penyelaras dan badan perantara dua hala di antara rakyat dan kerajaan di kampung-kampung berkenaan. DATUK RADIN MALEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? NICHOLAS , PPM Moyog mewakili para peserta kursus menerima sijil kursus daripada Radin.
NICHOLAS , PPM Moyog mewakili para peserta kursus menerima sijil kursus daripada Radin.
 ??  ?? PARA peserta kursus bergambar dengan Radin, Donald, Sualim, William dan Lau.
PARA peserta kursus bergambar dengan Radin, Donald, Sualim, William dan Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia