Utusan Borneo (Sabah)

Pembukaan rasmi Butik Cortina Watch kesepuluh di Imago

Tawar 14 jenama terkemuka berkualiti tinggi

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Cortina Watch Sdn Bhd meraikan perasmian pembukaan rasmi Butik Cortina Watch kesepuluh mereka yang terletak di pusat beli belah Imago.

Butik berkenaan yang berkeluasa­n 2,153 kaki persegi terletak di tingkat bawah didatangi dengan konsep moden dengan hiasan lampu mewah.

14 jenama terkemuka berkualiti tinggi di seluruh dunia seperti Bell & Ross, Corum, Ebel, Gucci, IWC, Jaeger-LeCoultre, Longines, Montblanc, Omega, Panerai, Rolex, TAG Heuer, Tudor, dan Zenith ditawarkan kepada pelanggan di butik berkenaan.

Pengarah Urusan Cortina Watch Sdn Bhd Tay Liam Khoon ketika berucap turut merakam keyakinan tinggi bahawa produk jenama jam tangan mewah yang mereka tempah mampu memenuhi tuntutan pasaran pada masa hadapan.

“Sudah pasti, Cortina Watch sentiasa menyajikan pelbagai koleksi jam tangan yang memenuhi keinginan pelanggan sekaligus menjadikan syarikat ini berada di kedudukan yang cukup baik di pasaran dunia.

“Justeru,Kamimenguc­apkan terima kasih kepada semua rakan kongsi jenama holding serta semua pasukan pengurusan yang sentiasa memberi kerjasama cukup baik,” katanya pada perasmian pembukaan butik Cortina Watch di pusat beli belah Imago pada malam Khamis.

Justeru, beliau berharap agar sokongan padu daripada rakan kongsi dan pelanggan mereka akan sentiasa berterusan dalam memberi peluang kepada Cortina Watch meluaskan sayap cawangan di negeri ini.

Sudah pasti, Cortina Watch sentiasa menyajikan pelbagai koleksi jam tangan yang memenuhi keinginan pelanggan sekaligus menjadikan syarikat ini berada di kedudukan yang cukup baik di pasaran dunia. TAY LIAM KHOON Pengarah Urusan Cortina Watch Sdn Bhd

 ??  ?? (dua, kiri) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan di hadapan koleksi jam tangan jenama Bell & Ross sempena majlis perasmian berkenaan.
(dua, kiri) bersama tetamu kehormat lain merakam gambar kenangan di hadapan koleksi jam tangan jenama Bell & Ross sempena majlis perasmian berkenaan.
 ??  ?? BUTIK Cortina Watch yang terletak di pusat beli belah Imago.
BUTIK Cortina Watch yang terletak di pusat beli belah Imago.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia