Utusan Borneo (Sabah)

Singkir sikap terlalu pilih kerja, rebut peluang demi masa depan

- Oleh SAHIRA AKIS (Pelatih UMS)

LAHAD DATU: Ketua Umno Bahagian Silam, Datuk Mohd Yusof Apdal menyeru agar belia menyingkir­kan sikap terlalu memilih pekerjaan kerana persaingan dalam pasaran kerjaya amat tinggi.

Menurutnya, belia sebaliknya perlu positif merebut peluang kerjaya yang ada terlebih dahulu sebagai platform untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran.

“Generasi muda perlulah memperhalu­si konsep belajar dan mengumpul pengalaman dalam dunia kerjaya yang diceburi terlebih dahulu.

“Selepasitu­barulahmen­gambil peluang kerjaya yang lain dan proses membina kerjaya masa depan ini seharusnya berterusan untuk menjadi lebih baik dan selesa,” katanya.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Ir Rajesh Mohd Yusuf ketika merasmikan Program Memperkasa Modal Insan Peringkat Daerah Lahad Datu di Atrium Plaza Darvel Bay, dekat sini pada Khamis.

Menurut beliau, menyedari persaingan yang sengit untuk mendapatka­n pekerjaan yang ditawarkan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan sasaran mendapatka­n pekerjaan.

Katanya, antara usaha itu adalah melalui program yang dilaksanak­an Unit Sabah Jobs Centre (SJC), Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat (KPSKTM) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Pejabat Tenaga Kerja daerah Lahad Datu.

“Program ini dilaksanak­an pada bulan Mac 2012 dan telah berjaya membantu seramai 9,946 pemohon pekerjaan.

“Seramai 28,894 pemohon berjaya mendapat kerja melalui sistem Job Portal.

“Terkini seramai 38,894 orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui inisiatif ini termasuk melalui temuduga terbuka yang dilaksanak­an di lokasi program,” katanya.

Penyelaras program, Salina M.Noor ketika berucap berkata program yang mensasarka­n belia dengan majikan ini dijayakan hasil usahasama daripada 30 jabatan kerajaan dan agensi seperti Pejabat Daerah, Pejabat Penerangan, Jabatan Tenaga Kerja, Balai Polis Daerah Lahad Datu dan lain-lain.

Menurutnya, program itu bertujuan untuk mempromosi SJC sebagai pusat yang menyediaka­n perkhidmat­an percuma kepada umum yang mencari peluang pekerjaan.

“Usaha ini sejajar dengan misi SJC sebagai platform untuk memudahkan permohonan pekerjaan dan pengiklana­n kekosongan jawatan,” katanya.

Program sehari itu dimulakan dengan aktiviti ceramah kerjaya kepada pengunjung yang hadir bertujuan untuk membantu belia mencapai matlamat kerjaya yang jelas dan memberi info tentang tatacara yang betul untuk mengisi peluang pekerjaan secara online melalui sistem portal yang sedia ada.

Ceramah dan taklimat disampaika­n oleh setiap wakil daripada Sabah Job Centre, Jabatan Tenaga Kerja, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Malaysia dan Malaysian Digital Economy Corporatio­n (MdeC).

Semasa program itu juga turut diadakan temuduga pekerjaan kepada pengunjung yang hadir berebut peluang mengisi kekosongan jawatan menyertai temuduga terbuka syarikat-syarikat swasta yang memerlukan tenaga pekerja baharu untuk berkhidmat berdasarka­n jenis pekerjaan yang ditawarkan.

Selain daripada mengadakan temuduga pekerjaan, program ini juga menyediaka­n tapak pameran kerjaya dan latihan kemahiran untuk dilawati khusus buat para belia yang ingin mengetahui maklumat lebih lanjut tentang pusat-pusat latihan kemahiran yang boleh membantu memperkasa kemahiran para belia dalam melahirkan generasi berkemahir­an tinggi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Nor Alam Khan Abdul Rahim Khan, Penolong Setiusaha Kanan KPSKTM Ameng Runggan dan Penolong Pegawai Daerah Pentadbira­n Lahad Datu Mashita Amin.

 ??  ?? RAJESH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang wakil agensi.
RAJESH menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang wakil agensi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia