Utusan Borneo (Sabah)

FKAL jalin kerjasama dengan KPMBM

-

LABUAN: Seramai 16 pensyarah Kursus Perbankan Islam dan Keusahawan­an, Kolej Profesiona­l Mara Bandar Melaka (KPMBM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL), Khamis lalu.

Delegasi KPMBM yang diketuai pengarahny­a Hayati Hashim telah mengadakan perbincang­an dengan Dekan Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan (FKAL) Prof Madya Dr Hanudin Amin di Bilik Seminar Kiamsam, Bangunan Menara, UMS Labuan.

Turut menyertai perbincang­an dua hala itu adalah Timbalan-timbalan Dekan FKAL, Dr. Mohd Rizal Abd Hamid (Penyelidik­an dan & Inovasi) dan Dr. Mohd Fahmi Ghazali (Hal Ehwal Pelajar), Penyelaras PLUMS, Dr Anath Rau Krishnan dan Pensyarah Program HE23, Hazmi Dahlan.

Delegasi KPMBM turut melawat Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu, Sabah.

Ketika di UMS Labuan, rombongan itu dibawa melawat lokasi melihat anak bulan di Aras 13 dan pejabat FKAL di Bangunan Menara.

Dekan FKAL, Prof Madya Dr Hanudin Amin berkata jaringan kerjasama itu membabitka­n kursus dan program yang ditawarkan di fakulti tersebut.

Katanya, kerjasama itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi khususnya pelajar dan pensyarah.

“FKAL akan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada jalinan kerjasama dengan KPMBM khususnya yang membabitka­n pelajar dan pensyarah,”katanya.

Dr Hanudin berharap lebih banyak kerjasama berkaitan akademik, penyelidik­an dan hal ehwal pelajar akan diadakan dengan kolej tersebut pada masa akan datang.

 ??  ?? DR HANUDIN (lima kiri) bertukar cenderamat­a dengan Hayati sambil diperhatik­an pensyarah FKAL dan KPMBM yang mengadakan lawatan penanda aras di UMS Labuan, pada Khamis.
DR HANUDIN (lima kiri) bertukar cenderamat­a dengan Hayati sambil diperhatik­an pensyarah FKAL dan KPMBM yang mengadakan lawatan penanda aras di UMS Labuan, pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia