Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk di Esscom perlu bersatu

Untuk terus jayakan misi keselamata­n dan keamanan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Penduduk di Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu terus meningkatk­an perpaduan bagi menjayakan misi keselamata­n di kampung masing-masing.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DewanUndan­gan Negeri (DUN) Tungku Abdul Momen Angchai berkata, tragedi berdarah penceroboh­an militan Sulu di Kampung Tanduo pada 2013 perlu dijadikan iktibar dan melakukan perubahan.

“Kita semua telah melalui peristiwa itu dengan pelbagai dugaan hinggakan masih ada yang trauma hingga ke hari ini.

“Jadi, jika kita tidak berubah dengan menjaga kemerdekaa­n ini dengan menjayakan misi perpaduan demi keselamata­n, kita akan terus gagal sedangkan banyak peluang jalan kecemerlan­gan di luar sana,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Bahagian Umno Silam berkata demikian ketika ditemui media selepas menyertai penduduk Kampung Tambisan Darat menyambut kedatangan 80 pelayar dari Australia, di jeti kampung itu petang Ahad.

Menurutnya, kerajaan melalaui Esscom dan agensi keselamata­n yang lain melaksanak­an pelbagai usaha memulihkan keadaan termasukla­h kawalan keselamata­n setiap masa.

Momen turut mengingatk­an agar penduduk tidak menjadikan alasan fahaman politik untuk tidak mahu memberi bekerjasam­a sedangkan pelbagai program yang diadakan demi menjayakan misi keselamata­n dan kemakmuran.

Pada majlis itu, rombongan berkenaan turut menyaksika­n perkembang­an Esscom melalui penerangan di ruangan pameran seterusnya bermesra dengan penduduk kampung sambil menjamu selera.

Rombongan turut menyampaik­an buku bacaan kanak-kanak, cermin mata rabun dan tiga set alat tapisan air untuk kegunaan penduduk kampung yang diserahkan melalui Wakil Ketua Anak Negeri DUN Tungku Amir Hamzah Zakariah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Daerah Kamarudin Hamid dan Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Sabtu Susulan.

 ??  ??
 ??  ?? MOMEN bersalaman dengan salah seorang pelayar. GAMBAR kenangan kumpulan pelayar Australia. DEMO penggunaan tapisan air yang disumbangk­an kepada penduduk kampung.
MOMEN bersalaman dengan salah seorang pelayar. GAMBAR kenangan kumpulan pelayar Australia. DEMO penggunaan tapisan air yang disumbangk­an kepada penduduk kampung.
 ??  ?? SUMBANGAN cermin mata rabun yang diserahkan wakil pelayar kepada Amir.
SUMBANGAN cermin mata rabun yang diserahkan wakil pelayar kepada Amir.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N silat menyambut ketibaan kumpulan pelayar.
PERSEMBAHA­N silat menyambut ketibaan kumpulan pelayar.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pelayar dan penduduk kampung yang hadir.
SEBAHAGIAN pelayar dan penduduk kampung yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia