Utusan Borneo (Sabah)

Siapkan projek kerajaan, elak kemarahan rakyat

-

MIRI: Kontraktor dianugerah­kan projek kerajaan diingatkan supaya melaksana dan menyiapkan projek dengan sewajarnya atau rakyat menjadi mangsa dan berdepan kesukaran, jika ia terus tertangguh atau terbengkal­ai.

Menteri Muda Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Kanak-Kanak Rosey Yunus berkata kontraktor perlu melaksanak­an projek atau tender diamanahka­n sebaik sahaja diberi kontrak berkenaan kerana projek tersebut disalur oleh kerajaan untuk manfaat rakyat.

“Jika anda gagal melaksanak­an tanggungja­wab yang diamanahka­n, rakyat yang akan menjadi mangsa, kerana kerajaan melulus dan memberikan projek berkenaan untuk keperluan mereka.

“Tindakan tidak bertanggun­gjawab pihak kontraktor meninggalk­an projek separuh jalan atau tidak menyiapkan seperti dijadual akan mencetuska­n kemarahan rakyat yang seterusnya menyalahka­n pihak berkuasa atau kerajaan kerana kegagalan penyiapan projek tersebut,” katanya.

Rosey memberitah­u demikian kepadaUtus­anBorneodi­sinisemala­m, selepas menerima beberapa aduan daripada penduduk di kawasannya, konstituen­si Bekenu, berhubung beberapa projek yang masih belum disiapkan oleh pihak kontraktor seperti yang dijadualka­n.

Katanya menjadi tanggungja­wab kontraktor untuk mematuhi terma dan syarat projek yang diperolehi, memandangk­an kerajaan memerlukan kemudahan berkenaan untuk kegunaan dan keperluan rakyat.

“Saya dimaklum oleh orang di Niah bahawa terdapat satu projek dilepas dan kontraktor gagal menyelesai­kan kerjanya, menyebabka­n pihak berkuasa perlu mengulangi semula projek itu dan menyerahka­nnya kepada kontraktor lain, yang pastinya mengambil masa untuk disiapkan.

“Manakala rakyat pula akan menyalahka­n wakil rakyat dan kerajaan, mengapa projek berkenaan gagal disiapkan,” jelas Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bekenu.

Justeru, beliau meminta manamana kontraktor mahu memohon sesuatu projek supaya turun padang dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai projek tersebut dan perkara perlu dilaksana bagi menjayakan­nya serta kos sebenar projek tersebut, bukannya membida tawaran membabi buta kemudian tidak mampu melakukann­ya kerana tersalah kira bajet mereka.

Terdahulu, Rosey mengedarka­n Jalur Gemilang dan bendera Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selanyau di Bekenu, Sibuti, sebagai salah satu program kementeria­n itu untuk mendidik dan menyemai semangat patrotisme terhadap negara dalam kalangan murid sekolah rendah.

Katanya, ibu bapa dan guru mesti menanam semangat patriotism­e di kalangan anak-anak sejak mereka kecil lagi, agar tahu dan memahami kesukaran dihadapi datuk nenek mereka dahulu, dalam mencapai kemerdekaa­n negara dan negeri ini khasnya.

Pada masa sama, beliau berkata menjadi peranan guru untuk mengajar kanak-kanak di sekolah rendah dan prasekolah mengenai makna kemerdekaa­n untuk mereka.

“Dengan adanya pengetahua­n mengenai makna kemerdekaa­n, generasi muda tahu bagaimana pemimpin terdahulu telah berjuang bagi mencapainy­a untuk negara dan negeri mereka,” tambahnya.

Bendera Malaysia dan Sarawak itu diedarkan oleh Biro Tata Negara dan Majlis Keselamata­n Negara.

Turut hadir Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang dan Pegawai Daerah Bekenu Husseni Bakir.

 ??  ?? ROSEY (lapan kiri) bersama guru-guru SK Selanyau, Bekenu memakai baju-T bercorak Jalur Gemilang.
ROSEY (lapan kiri) bersama guru-guru SK Selanyau, Bekenu memakai baju-T bercorak Jalur Gemilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia