Utusan Borneo (Sabah)

Dua pegawai HDC, seorang pengurus ditahan

-

KUCHING: Gagal menyiapkan kerjakerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah pangsa di Miri selepas tuntutan pembayaran dibuat menyebabka­n dua pegawai Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Khamis.

Difahamkan, turut ditahan dalam operasi sekitar jam 12 hingga 1.20 tengahari itu ialah seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanak­an projek tender yang dibuka pada April 2015 itu.

Suspek ditahan itu adalah seorang jurutera dan juruteknik kanan yang masing-masing berusia 39 dan 59 tahun, manakala pengurus yang ditahan berusia 49 tahun.

Sumber berkata, tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaik pulih 12 unit rumah flat dua tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudianny­a dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

“Bagaimanap­un, syarikat itu melantik sebuah lagi syarikat subkontrak­tor milik individu lain bagi melaksanak­an kerjakerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

“Syarikat pada 2016 telah membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11,969 kepada HDC Sarawak sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilakukan.

“Perakuan Kerja Siap dikeluarka­n oleh pihak HDC pada November 2015 sedangkan kerja-kerja mengecat dan membaik pulih sebanyak 12 unit rumah pangsa gagal dilaksanak­an,” katanya.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi Laporan Audit Negara 2016.

Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahka­n perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman pada Jumaat untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia