Utusan Borneo (Sabah)

Buruan emas bermula KL2017 saat amat bermakna bagi sukan Asia Tenggara

-

KUALA LUMPUR: Sukan SEA Ke-29 dirasmikan malam ini, detik bermulanya perjuangan memburu pingat emas dan tambah mengujakan temasya kali ini menghimpun­kan kehadiran paling ramai juara dunia dan pemenang pingat Olimpik yang mencipta nama dalam tempoh dua tahun lepas untuk membawa temasya rantau ini lebih gemilang.

Selepas 16 tahun, temasya dwitahunan itu kembali ke bumi Malaysia dengan bandaraya Kuala Lumpur sebagai tuan rumah untuk kali keenam, menghimpun­kan 4,900 atlet daripada 11 negara untuk memburu 404 pingat emas daripada 38 sukan dengan luncur ais, hoki ais, hoki dalam dewan dan kriket dianjurkan buat julung kalinya.

Pertarunga­n bagi gelaran juara keseluruha­n dikatakan bakal menjadi milik Malaysia atau Thailand yang mendominas­i empat daripada lima temasya lepas.

Malaysia menyasarka­n 111 pingat emas bersandark­an kelebihan di laman sendiri dan sebagai melambangk­an penguasaan sebagai tuan rumah, tugas yang memerlukan 844 atlet negara menilai semula pungutan 62 emas dan tempat keempat di Singapura dua tahun lepas.

Temasya itu juga untuk menguji pencapaian Program Podium negara untuk Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan dan matlamat untuk memenangi pingat emas Olimpik yang pertama untuk Malaysia di Tokyo tiga tahun lagi.

Di sebalik kehebatan dan kemasyhura­n yang baru dicipta mereka, tiga juara dunia Malaysia – jaguh keirin Azizulhasn­i Awang, ratu terjun Cheong Jun Hoong dan jaguh silat Mohd AlJufferi Jamari – dan Pandelela Rinong, wanita pertama negara memenangi pingat Olimpik London 2012 -tidak melepaskan peluang untuk beraksi pada temasya ini. Dua penerjun itu turut berokngsi pingat perak dalam 10m platform berirama wanita di Olimpik Rio.

Dua lagi peserta handalan ialah juara Olimpik Rio perenang Singapura Joseph Schooling dan penembak tepat Vietnam Hoang Xuan Vinh. Schooling, pemenang sembilan emas di Singapura, akan beraksi dalam enam acara termasuk acara kegemarann­ya 100m kupu-kupu, manakala Hoang dalam acara 10m air pistol dengan beliau memenangi gangsa pada temasya lepas sebelum menuai emas di Rio.

Dalam menetapkan sasaran, Malaysia mahu mengulangi kejayaan pada 2001 semasa negara menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu dan memecahkan rekod seabad untuk julung kalinya muncul juara keseluruha­n dengan 111 pingat emas.

Azizulhasn­i, Jun Hoong dan Pandelela akan mengetuai perjuangan itu dengan harapan untuk menyapu bersih 26 pingat emas ditawarkan dalam acara terjundant­rekberbasi­kal lelaki. Pencak silat, wushu, karate, gimnastik berirama, boling padang, kapal layar, skuasy, memanah, boling dan olahraga mempunyai prospek tinggi untuk kilauan emas bagi atlet negara.

Kemunculan pelari muda Khairul Hafiz Jantan, yang memecahkan rekod kebangsaan 100m dan 200m, meningkatk­an lagi harapan Malaysia yang akhirnya mempunyai jaguh pecut untuk merebut semula gelaran lelaki terpantas di Asia Tenggara selepas kejayaan Nazmizan Muhammad menjulang gelaran itu pada 2003 di Vietnam.

Thailand menyasarka­n 100 pingat emas dan membuktika­n mereka mampu mencapainy­a berdasarka­n prestasi meraih 107 emas pada Sukan 2013 di Myanmar.

Mereka mempertaru­hkan kehebatan dalam olahraga dan menembak, dua sukan itu sahaja menyumbang dua pertiga daripada 95 emas diraih di Singapura termasuk menjuarai acara paling berprestij bola sepak lelaki yang mereka sasar untuk mengekalka­n gelaran dengan meraih gelaran ketiga. Penguasaan atlet Thailand dalam tenis, petanque dan badminton wanita tidak boleh dipandang ringan.

Vietnam, kuasa sukan yang semakin menyerlah di rantau ini, mahu muncul antara tiga terbaik selepas menduduki tempat ketiga di belakang Thailand dan Singapura pada temasya lepas dengan 73 emas. Selain pemenang pingat emas acara menembak Hoang, negara itu turut mempertaru­hkan jaguh renang Thi Anh Vien dalam 11 acara selepas kejayaan wanita itu meraih lapan emas pada 2015.

Singapura menghantar kontinjen paling ramai 569 atlet untuk bersaing dalam 35 sukan dan yakin mampu mendominas­i Pusat Akuatik Nasional. Schooling dan rakannya meraih 23 daripada 38 gelaran dalam acara renang di samping memecahkan beberapa rekod pada temasya lepas.

Indonesia dan Filipina pula menyasarka­n untuk memperbaik­i prestasi dengan masing-masing menyasarka­n lebih 50 emas. Negara lain iaitu Myanmar, Kemboja, Laos, Brunei dan Timor-Leste turut menetapkan sasaran masing-masing dan tidak boleh dipandang mudah.

Indonesia, juara keseluruha­n sebanyak 10 kali, menggunaka­n temasya ini sebagai batu loncatan untuk Sukan Asia tahun depan selaku tuan rumah. Dengan jaguh badminton masing-masing kini menyertai Kejohanan Dunia di Scotland, Indonesia dan Malaysia akan bertarung untuk melahirkan juara baharu dalam badminton lelaki. - Bernama

Malaysia menyasarka­n 111 pingat emas bersandark­an kelebihan di laman sendiri dan sebagai melambangk­an penguasaan sebagai tuan rumah, tugas yang memerlukan 844 atlet negara menilai semula pungutan 62 emas dan tempat keempat di Singapura dua tahun lepas.

 ??  ?? RAMPAS: Pemain Malaysia, Nur Syafazliya­na Mohd Ali (kiri) cuba merampas bola daripada pemain Filipina, Leanne Espina pada aksi keempat acara Bola Jaring Sukan Sea KL2017 di Stadium Juara Bukit Kiara pada Jumaat. Malaysia membelasah Filipina 96 - 11. -...
RAMPAS: Pemain Malaysia, Nur Syafazliya­na Mohd Ali (kiri) cuba merampas bola daripada pemain Filipina, Leanne Espina pada aksi keempat acara Bola Jaring Sukan Sea KL2017 di Stadium Juara Bukit Kiara pada Jumaat. Malaysia membelasah Filipina 96 - 11. -...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia