Utusan Borneo (Sabah)

Kejohanan Badminton Sukan JKM 7-8 September

-

KOTA KINABALU: Kejohanan Badminton Sukan JKM kali ke 12 / 2017 akan diadakan pada 7-8 September 2017 di Dewan Tun Adnan, Kompleks Sukan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, satu mesyuarat pengurus-pengurus pasukan bagi persediaan menghadapi kejohanan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pemberimil­ikan Tanah Aras 6, Wisma Tanah dan Ukur, Jalan Perwira Kota Kinabalu, pagi Jumaat.

Mesyuarat ini dipengerus­ikan oleh Habirin Raymond Lapongan selaku pengelola kejohanan.

Antara topik yang dibincangk­an iaitu mengenai format dan peraturan pertanding­an serta hal-hal yang berkaitan mengenai kejohanan.

Menurut beliau, kejohanan ini adalah sebagai aktiviti muhibah dalam kalangan warga kerja yang terlibat yang mana sebanyak lima jabatan yang menyertain­ya iaitu Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, Jabatan Perhutanan Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan JKM Perdana Kota Kinabalu.

Katanya, teknikal bagi kejohanan ini juga akan dibantu dari Persatuan Badmitnon Sabah (SBA).

Habirin juga merakamkan ribuan terima kasih khusus kepada Presiden SBA Janih Bangud atas kerjasama yang diberikan untuk mengendali­kan bahagian teknikal dalam kejohanan ini serta semua penguruspe­ngurus pasukan, AJK yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Hadir sama Referi Kejohanan Alex G.Ong dan Pengerusi Teknikal Persatuan Badminton Sabah (SBA) Ag.Damit Haji Abu Bakar yang juga selaku Pengerusi Teknikal kejohanan, Yang Ket Liang (AJK) serta pengurus-pengurus pasukan.

 ??  ?? HABIRIN (duduk tengah), Alex (duduk kanan), Ag.Damit (duduk, dua kanan), Suriansa Kadir (duduk, dua kiri) bersama pengurus-pengurus pasukan dan jawatankua­sa penganjur.
HABIRIN (duduk tengah), Alex (duduk kanan), Ag.Damit (duduk, dua kanan), Suriansa Kadir (duduk, dua kiri) bersama pengurus-pengurus pasukan dan jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia