Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mendahului saingan Dengan kutipan tujuh pingat emas di depan Singapura, Myanmar dan Indonesia

-

KUALA LUMPUR: Tuan rumah Malaysia pasti akan tersenyum lebar susulan langkah kanan permulaan menuai kilauan emas sebaik sahaja melangkah masuk ke Stadium Nasional untuk upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-29 malam ini.

Perjuangan sengit bagi merebut 404 pingat emas yang dipertaruh­kan dalam 38 sukan akan bermula esok dengan aksi boling tenpin, wushu, ping pong, acara memanah recurve, gimnastik artistik dan kuda lasak manakala pada Isnin membariska­n acara renang, lawan pedang dan menembak.

Kontinjen tuan rumah meraih tiga daripada empat emas ditawarkan pada Jumaat untuk menjadi pendahulu dalam kutipan pingat dengan tujuh emas, empat perak dan tiga gangsa diikuti Singapura, Myanmar dan Indonesia masing-masing dengan dua emas.

Pemanah acara compound Fatin Nurfatehah Mat Salleh dan Mohd Juwaidi Mazuki mengekalka­n gelaran berpasukan campuran selepas perenang marathon Kevin Yeap dan Heidi Gan memulakan hari Jumaat dengan tuaian emas dalam pertanding­an 10km perairan terbuka lelaki dan wanita yang penuh mencabar.

Dalam acara renang berirama, wakil negara Zylane Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei terpaksa berpuas hati di tempat kedua untuk pingat perak dalam rutin duet teknikal yang diungguli gandingan Singapura Debbie Soh dan Miya Yong Hsing.

Malaysia menamatkan pertanding­an dalam acara compound dengan tiga emas, ketinggala­n satu pingat berbanding jumlah yang diraih di Singapura. Fatin dan Mohd Juwaidi menewaskan gandingan Myanmar Ye Min Swe dan Aung Ngeain 152-142 untuk mengutip emas kedua mereka pada temasya ini selepas muncul juara dalam acara berpasukan pada Khamis.

Kompleks Air Putrajaya menjadi saksi kepada hasrat Kevin, 28, yang mengumumka­n akan bersara selepas berjaya meraih emas kedua sepanjang menyertai Sukan SEA. Beliau merupakan pemegang gelaran 400m gaya bebas dan pemenang pingat gangsa dalam acara 10km perairan terbuka pada Sukan Palembang pada 2011.

“Ini merupakan perlumbaan terakhir saya. Saya mahu bersara selepas ini dan saya berterima kasih kepada keluarga saya, jurulatih saya dan semua orang yang memberi sokongan kepada saya. Ia perlumbaan yang sungguh mencabar dan sukar, saya memberikan yang terbaik setakat yang terdaya walaupun saya letih. Saya dapat rasakan pesaing berada di belakang saya sepanjang perlumbaan. Saya tidak berani nak menoleh ke belakang,” katanya.

Beliau mencatatka­n 2:03:18s untuk mengatasi Peerapat Lertsathap­ornsuk dari Thailand dengan 2:05:41s.

Heidi Gan yang dua kali pernah menyertai Olimpik pula mencatatka­n 2:11:02s untuk meninggalk­an perenang Thailand Benjaporn Sriphanomt­horn dan perenang Singapura Chantal Liew Li Shan untuk perak dan gangsa. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? PEMANAH negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama Mohd Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah (Compound) Berpasukan Campuran Sukan SEA KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA PEMANAH negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh bersama Mohd Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah (Compound) Berpasukan Campuran Sukan SEA KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil pada Jumaat.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? KEVIN Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara Renang Terbuka 10 KM masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA KEVIN Yeap Soon Choy dan Heidi Gan menunjukka­n pingat emas yang dimenangi mereka dalam acara Renang Terbuka 10 KM masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita di Kompleks Sukan Air Putrajaya di sini, pada Jumaat.
 ?? - Gambar BERNAMA ?? GAN Hua Wei dan Lee Yhing Huey berpuashat­i dengan pingat Perak acara Rutin Duet Teknikal Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil pada Jumaat.
- Gambar BERNAMA GAN Hua Wei dan Lee Yhing Huey berpuashat­i dengan pingat Perak acara Rutin Duet Teknikal Renang Berirama Sukan SEA KL2017 di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia