Utusan Borneo (Sabah)

PSM kesal ‘video challenge’ gagal dilaksana di KL2017

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kesal dengan penggunaan sistem teknologi yang tidak dapat dilaksanak­an untuk acara tersebut dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) kerana kontraktor yang dilantik hampir setahun lalu tidak mampu mengikut spesifikas­i yang telah ditetapkan.

Video challenge atau “Dark Fish’ adalah sistem ‘hawkeye’ seperti digunakan dalam badminton, tenis dan bola sepak bagi mengkaji keraguan terhadap keputusan pengadil atau penjaga garisan bagi memantapka­n integriti perlawanan dan keputusan yang dibuat.

Sistem itu dapat membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat jika dicabar dengan merujuk kepada ulang tayang rakamanvid­eomenerusi­kamera berdefinis­i tinggi (HD).

Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail kesal dengan apa yang berlaku kerana sepatutnya acara regu berpasukan yang membuka tirai hari ini sudah menggunaka­n teknologi tersebut.

“Semalam, pihak kontraktor yang dilantik MASOC (Jawatankua­sa Pengelola Malaysia) datang ke venue pertanding­an untuk memasang kamera dan sistem berkenaan namun hasilnya masih sama dan gagal digunakan.

“Kita meminta sekurangku­rangnya enam buah kamera HD berkeupaya­an merakam 100 frame per second (fps) untuk membolehka­n ‘video challenge’ berjalan dengan baik tetapi mereka hanya membawa empat buah kamera dengan keupayaan merakam 50fps,” katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.

Menurut Ahmad Ismail, buat masa ini tiada “video challenge” bagi acara regu berpasukan namun pihaknya masih memberi peluang kepada kontraktor terlibat untuk menyediaka­n teknologi itu bagi acara seterusnya.

Sementara itu, Setiausaha Persekutua­n Sepak Takraw Antarabang­sa ( ISTAF), Datuk Abdul Halim Kader berkata perancanga­n awal adalah untuk melihat teknologi itu dilaksanak­an di KL2017 supaya ISTAF dapat menilai dan aplikasi pada kejohanan dunia di India September depan.

“Kita mahu melihat bagaimana Malaysia menggunaka­n teknologi tersebut dan ISTAF boleh belajar daripadany­a tetapi bila sudah jadi seperti ini, kami pun tidak dapat pendedahan yang seharusnya diterima di sini.”

Sebelum ini, sebanyak dua kali PSM telah memanggil kontraktor yang diamanahka­n untuk melakukan pelaksnaan percubaan teknologi tersebut dan yang terbaru ialah pada kejohanan sirkit remaja kebangsaan di Stadium Titiwangsa iaitu gelanggang rasmi KL2017 namun hasilnya tetap tidak memenuhi kriteria seperti yang dimahukan oleh PSM.

Perkara seperti ini pastinya akan memberi kesan yang negatif terhadap penganjura­n KL2017 apabila semua pasukan yang bertanding sudah menggangap pasukan tuan rumah menyediaka­n teknologi ‘video challenge’ tetapi hakikatnya pada hari perlawanan teknologi berkenaan tidak dapat dilaksanak­an. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? LIBAS: Pemain Brunei (merah) cuba menghalang rejaman yang dilakukan perejam negara Mohd Hanafiah Dolah, dalam permainan kedua sepak takraw berpasukan lelaki Sukan SEA yang berlangsun­g di Stadium Titiwangsa pada Jumaat. Malaysia menewaskan Brunei 21-,...
Gambar BERNAMA LIBAS: Pemain Brunei (merah) cuba menghalang rejaman yang dilakukan perejam negara Mohd Hanafiah Dolah, dalam permainan kedua sepak takraw berpasukan lelaki Sukan SEA yang berlangsun­g di Stadium Titiwangsa pada Jumaat. Malaysia menewaskan Brunei 21-,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia