Utusan Borneo (Sabah)

Christian isi percutian bersama pemain muda

-

KOTA KINABALU: Christian Didier Chin, 16, turut mengisi cutinya sepanjang minggu ini bersama-sama pemain tempatan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Pemain muda tenis kebangsaan Sabah itu berlatih dan berkongsi pengalaman­nya terutama semasa menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa.

Christian juga mengadakan sesi bersama pemain junior itu di mana beliau menunjukka­n beberapa teknik dan taktikal yang dipelajari­nya dan telah membawanya ke kejohanan antarabang­sa.

Turut bersama sepanjang sesi Christian bersama pemain tempatan itu adalah jurulatihj­urulatih tempatan seperti Tito Latoja, Shamsuddin Mustamin dan William Lo.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA) Johnson Koh berkata, kesudian Christian yang berlatih di Kuala Lumpur mengisi percutiann­ya bersama-sama pemain tempatan di sini amat dialu-alukan.

“Kami berterima kasih kepadanya kerana meluangkan masa bersama pemain tempatan dan berkongsi pengalaman kepada pemain junior.

“Pemain junior kita tentunya teruja dengan kehadiran Christian kerana dia adalah idola mereka iaitu pemain pertama Sabah yang telah mencapai banyak kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” kata Johnson dalam kenyataan akhbarnya pada Jumaat.

Christian kini berada di ranking 82 Persekutua­n Tenis Antarabang­sa (ITF). Beliau gagal mendapat tempat ke Terbuka Junior US 2017 tetapi kini mengintai tempat dalam senarai utama Kejohanan Junior Australia 2018.

Johnson berkata, Christian yang juga pemain Sabah pertama tersenarai dalam skuad Piala Davies negara, seharusnya layak mendapat tempat dalam senarai utama Kejohanan Junior Australia.

Beliau berharap, Christian akan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam latihan untuk kekal berada di tahap terbaik dan bebas daripada kecederaan.

Sambil itu, dikatakan Tenis Malaysia telah membantu membuat video untuk tujuan mengutip tabung dan Johnson berharap orang ramai dapat menghulurk­an bantuan kewangan bagi menyokong karier tenis Christian.

 ??  ?? CHRISTIAN (kanan) semasa sesi bersama pemain junior tempatan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.
CHRISTIAN (kanan) semasa sesi bersama pemain junior tempatan di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia